Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Saturday, February 26, 2011

~kenapa sebut Moshi Moshi 2 x


MOSHI MOSHI atau HELLO dlm bahasa jepun.
Digunakan semasa sedang menyapa @ menjawab telefon.

Kenapa perkataan MOSHI MOSHI di sebut 2x ......?

Tak lain tak bukan kegunaanya adalah untuk membezakan antara manusia dan hantu.
Menjadi kepercayaan lagenda, hantu hanya mengucapkan MOSHI sekali sahaja.
Jika terjawab panggilan tersebut maka roh si penjawab itu akan di ambil oleh hantu tersebut.


Oleh yg demikian, nak selamat, haruslah menyebut perkataan MOSHI MOSHI 2x sebagai membuktikan orang yang menelefon atau menjawab telefon itu bukannya hantu.

credit 2 gakuranman.com
Sekadar lagenda saja ye =)

Friday, February 25, 2011

~cerita lucu form 1 SBPIK 2011

credit 2 http://techtchr2.blogspot.com/

Cerita 1

Satu hari di dalam kelas waktu pelajaran matematik.sedang berlangsung.
Seorang pelajar pergi kehadapan meneliti jadual waktu yg tertera nama guru dan subjek yg diajar sambil menoleh2 pd guru yg sdg mengajar.

Cikgu      : Haa nazmi(bkn nm sebenar)..kenapa tu..?

Pelajar A : Cikgu.....ermm...nama cikgu Pn R kan..?

Cikgu      : Ye saya..kenapa nazmi?

Pelajar A : cikgu ajar addmathkan...

Cikgu      : Ye betull...

Pelajar A : Kalau macam tu skrg ni kita org belajar addmath la ye...

Cikgu      : laaa..bukan...(menerangkan smbl gelak...)

*Kebetulan tahun ni pertama kali Cikgu R yg sememangnya cikgu addmath mengajar subjek matematik men rendah bg menggantikan guru yg sdg cuti bersalin.

*****************************     

Cerita 2

Masih lg d kelas yg sama dengan watak yg sama tapi pd waktu berlainan.
Nazmi (bkn nm sebenar) sdg termenung dengan seriusnya.

Cikgu       : Eh..kenapa termenung ni....

Pelajar A  : Erm..tengah pikir ttg hp ni. Masa taklimat pel br hari tu, Ust J kt pelajar dibenarkan membawa hp ke sekolah..tapi hanya hp besar yg boleh baling anjing tu je la.
Kat umah,ayah saya ada hp tu tapi dah tak boleh guna dah. ni tgh pikir kalo betulkan mesti saya
boleh bawa hp tu, kan cikgu....?

Cikgu terus tergelak.....

~mcm2 ragam form 1 ni.. slalu buat org ketawa je
 

Tuesday, February 22, 2011

~perkataan pinjaman jepun -JOM Belajar

Ohayou minasama...
Semingu lepas semasa perhimpunan pg khamis, giliran b. jepun membuat persembahan.
Kali ni memperkenalkan sebutan perkataan pinjaman b. inggeris yg di tulis dlm tulisan KATAKANA
(カタカナ)dan telah dijepunkan bunyinya.
Sekadar 10 perkataan shj yg dipilih.
Dlm mana2 bahasa pun pasti ada perkataan pinjamankan.
Tak terkecuali jg b.jepun ni.

Riuh rendah perhimpunan pg dgn bunyi ketawa pelajar dan guru kerana tak tahan mendengar sebutannya dlm b. jepun.
Jom kita tgk.....jom..jom..

English           Tulisan Katakana               Sebutan

1. pet                  ペット                petto

2. juice               ジュース                      jyu-su

3. coffee      コーヒー                        ko-hi-

4. chocolate    チョコレート                    chokore-to

5. badminton     バドミントン                    badominton

6. computer    コンピューター                 compyu-ta-

7. cd        シーディー                   shi-di-

8. whiteboard   ホワイトボード                  howaito bo-do

9. mcdonald   マクドナルド                       makudonarudo

10. thank you   サンキュー                  san kyu-

Petunjuk :

a. Tanda - menunjukkan bunyi panjang.
b. Dlm b. jepun tak ada sebutan huruf L dan ianya digantikan dgn sebutan huruf R. (rujuk no 9).
c. Thank you di sebut san kyu- atau di tulis secara ringkas 39. Kenapa ditulis 39?
Dlm b.jepun angka 3 di sebut san dan angka 9 disebut kyu. Bila menulis gunakan nombor lebih mudah. Selalunya digunakan secara tak formal sahaja dlm perbualan atau menulis sms/nota antara rakan.Kiranya bahasa pasarlah ni. Manakala perkataan Arigatou Gozaimasu adalah perkataan original b.jepun, lebih popular & diutamakan. 


Agaknya antara senarai  perkataan 10  di atas mana satu yg menggelikan hati u all....? 
Pasni bole le masing2 praktikkan sedikit sebanyak perkataan2 di ats tu ye.
      
Slmt mencuba!