Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Friday, December 31, 2010

~新年おめでとう= Happy New Year

Kepada semua blogger yg berkunjung ke sini.
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua dalam versi japanese ye.
Sambil membaca secara tak langsung dapat belajarkan. =)


新年明けましておめでとうございます
Shinnen akemashite omedetō gozaimasu

今年もよろしくお願いします
Kotoshi mo yoroshiku o-negai-shimasu

よいお年を
Yoi otoshi o

Berikut adalah terjemahannye...

Happiness to you on a new year. 
               I hope for your favour again in the coming year.
Happy New Year  2011/1/1

Thursday, December 30, 2010

~ guard paling cemerlang

Ohayou minasama...
Kembali berblogging stlh sekian lama membzkan diri.
Kali ni nak berkisah ttg cuti-cuti cherating.

Minggu lepas pd cti krismas ke pantai cherating bersama family.
Alhamdulillah cuaca yg cantik sangat sesuai berxtvt di pantai.
Adik2 sangatlah gembiranya.
Yang demam nmpk air laut pun terus sihat.
Semaangat laut tuuu..

Berlari, berenang, bercerita smbil mengorek pasir..
Yang dewasa akn berhenti melihat sambil snap pic 3 bradik ni.
Yang kecil hanya akn tgk saja.
Mencuit hati barangkali..


Pendeka kata semua pengunjung enjoy dgn xtvt sendiri.
Tak perlu risau ttg keselamatan di sini.
Akan sentiasa ada pemantau yg peka.
Pemantau yg akan muncul sekali sekala ni x ada di pantai lain.
Hanya ada di cherating saja.

Nak tau sape...jom kita tgk...
Taraaaaaaaaaa...tu dia.....
Guard cemerlang thn ini.....

Boleh dapat anugerah perkhidmatan cemerlang nih.. hehe


amik kesempatan pegang le..bkn senang nk pegangkan..

Orang lain tak xcited pon nak pi kat lembu ni.
Aku dan adik2 yg jakun dan nak sangat pegang dan tgk dari dekat.. =)

Monday, November 22, 2010

~ tragedi kereta terbakar


Sehari sebelum raya, bertolak balik dari Kuantan ke Seremban.
Memilih untuk ikut muazam, selain tak ada tol, perjlnn dekat dan yg penting mata rasa sejuk tgk pemndangan kg dan kehijauan alam.
Untuk perjalanan kali ni hati terdetik nak bawa bwh 100 je.
Selalunya berdesup x hengat... ;)
Panas terik, mendung, hujan lebat, gerimis dan panas semula ~fenomena alam yg sgt setia mengiringi perjalananku.

Ada hikmah rupanya perjalananku pd kali ni..
Sedang tenang memandu tiba2 keta depan bg signal lampu tinggi.
Emm.. hati terdetik ..ada road block kat depan dlm hujan gerimis ni kot..
Masyaallah.. rupanya ada kemalangan kereta antara honda dan proton saga
Di kawasan Serting berhampiran Kg Geddes.

Pertama kaliku lihat depan mata kereta terbakar..
So terus snap pic guna mr nikon yg setia di sisi...
Rasanya msh br berlaku. Ramai yg tgk dr jauh je.
Kasihan juga pada tuan punya kenderaan..
Musibah yg berlaku ada hikmah yg kita tak tahu..

Pas tgk tu terus bw 70 je..risau plak..
Kemalangan berlaku tak kira masakan..
Kena sentiasa berdoa dan memohon pada tuhan agar dipelihara dalam prjalanan dan selamat tiba.

Alhamdulillah, akhirnya slmt tiba di Seremban.
Tq pada my hero. Yg sgt setia menemaniku & membawaku ke mana shj tanpa ragam.

Sunday, November 14, 2010

~人生。。一生。。

今日は日曜日だ。。。。
まだ2クアンタンにいる。。。
日曜日というのは。。。ひまじゃないけど。。。
まだエベントがある。。。
今日。。。。五年生といっしょうにガンバンリゾート行く。。。

好き か.. きらい か.. おもしろい か.. たのしい か。。。
じつは。。きもちはないんだ。。。

今ごろ。。。いろいろ考えて。。
自分のこと。。仕事こと。。友達のこと。。人生のこと。。。
さびしい。。かなしい。。

最近。。xボスのメッセージよく貰った。。。変な。。。
あの人。。頭がおかしいいかな。。。大嫌い!!
 ~これが一番。。ずっと頭が痛くなる。。。。。

神様。。お願い。。

Friday, November 12, 2010

~Last day of schooling...

pic from babasiga.blogspot.com

Ohayou Gozaimasu minasama...
 
Hari ni br dpt jenguk blog.
Slps seminggu sibuk siapkan tugasan2 akhir sekolah.

Hari ni jg merupakan hr  terakhir pelajar2 SBP bersekolah.
Tapi tidak bg guru2 SBP. Masih lg berada di sek pd waktu cuti utk kelas tmbhn form 5 dan meeting..
Aku pula hanya dapat pulang ke Seremban sehari sblm raya.
Dan akan dtg semula utk bertugas warden bergilir2 dgn warden lain hingga SPM habis.

Muka pelajar semuanya berseri2 hr ni. Rata2 tak sabar nak balik.
Ada juga yg tak berapa suka nak balik...kehidupan asrama lg best katanya.
Tapi ada jg yg tak boleh balik terus.
Haaa...sape mereka tu...
x lain x bukan pelajar2 form 5.
Yg akan berada di sek sehingga SPM tamat.
Dan akn menyambut raya di sekolah..
Bersama2 guru yg tak balik ke kg.
Bersama2 bergotong royong menumbangkn seekor lembu yg disumbngkn oleh seorg dermawan.

Kepada pelajar2 yg pulang ke kampung,
Jaga keselamatan diri sepanjang cuti.
Gembirakan hati ibubapa.
Jangan lupa buat modul yg dibekalkan ye.
Pulang semula ke INTEK a.k.a SBP Integ. Kuantan pd awal Jan dgn hati yg ceria...okey..=)

opps..pd pelajar2 yg amik Nihonggo..jgn lupa study jepun tu ye..
kalo lupa..taun depan sensei denda tulis 100 helai.. (^-~)

Selamat Bercuti utk 1 INTEK.
Slmt menduduki SPM bg pelajar tingkatan 5. Ganbatte Kudasai!
またらいねん(mata rainen = jumpa tahun depan)

Sunday, November 7, 2010

~Just love (Cinta Saja)

Konbanwa minasama,

Layan cerekarama tv3 td terdengar lg Cinta Saja.
Dinyanyikan oleh kumpulan Debu.
Terus teringat zmn suka duka belajar di Tokyo Nihongo Kyoiku Center.
Kalau balik dr tandas aku suka sgt singgah ke biik kwn Indonesiaku Miss Lintang.
Dialah sibuk suruh aku dgr lg2 Indonesia ni.
Moga2 Lintang yg skrg ni kerja di Jepun sihat2 saja hendaknya. =)


CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu,

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu,

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu, (2X)
Jadi segala sesuatu,
Yang kumelihat di situ.

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu,

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu,

Kayak sinar matahari,
Atas permukaan hati, (2X)
Cinta itu meliputi,
Hatiku sama sekali.

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu,

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu,

Dalam hati tetap malam,
Kacau-balau tanpa salam, (2X)
Hati muram suram guram,
Gelap buta penuh waham.

Terbit sinar surya terang,
Maka tudung waham hilang,
Tidak terlihat sekarang,
Selain cahaya merelang.

CintaMu dalam hatiku,
Memenuhinya begitu, (6X)

Wednesday, November 3, 2010

~Erti Sayang

Ahad lepas aku berbual2 dgn seorang student tentang kehidupan..
Kata2 studentku yg terkesan di hati ini masih ku ingat sampai sekarang....

~akn diingati sentiasa~

Terima kasih studentku!

Sunday, October 31, 2010

~Cherating & Scrambled Egg

14/10-17/10 lepas, sek tlh mengadakan bengkel "Perfect Score" untuk pelajar form 5 d Kelab Budaya Cherating selama 4 hr 3 mlm.
Jika tahun lepas d Cherating Bay Resort yg berkonsepkan apartmen, kali ni pula chalet yg menjadi pilihan.

Sebagai urusetia pelajar, aku dan Ana berada di situ dari awal sehinggalah hr terakhir. Sesekali bercuti sambil bekerja seronok jugakan.
Waktu pg dan ptg, jka pelajar dah mula berbengkel, kami pun mulalah merayau2 berjalan ke pantai dan meninjau2 kawasan yg berhampiran.

Hari Ahad pg kami bercadang nak breakfast kat luar. Pekena western style pulak.Masa merayau2 di sekitar pantai tu kami da ternmpk lokasi menarik yg penuh dgn flora fauna, ada pokok kelapa, meja kayu, nmpk cam ada sungai di sebelah tempat mknnya.. Pendek kata relax dan santai ala2 hawai gitu.

So pagi tu kami singgah masuk di situ. Stlah ddk, x pula kelihatan org dewasa nak dtg ambil order.
Yg kelihatan hanyalah budak2 yg leka bermain facebook d tepi kaunter. So kami pun tunggu sekejap.
Tak lama kemudian dtg 2 org budak perempuan sambil membawa menu.
Sorang 10 tahun dan sorang lagi 3 tahun.
Pemilik kedai ini telah meletakkan gmbr anak2nya sekali dlm menu tersebut. Belek2 menu dan bersoaljawab, memng sah org Islam. Tapi yg tak sedapnya, gmbr anak yg paling kecil tu disertakan dgn promosi minuman keras. Haa..Aku dah mula rasa tak sedap hati ni.

Kata anak2nya lg mak ayh  mereka g KL, honeymoon. So tinggal dia dan abg2nya yg handle kedai. Abg yg plg tua pun br berusia 16 tahun. Nak order apa2 semua abg yg akan buatkan. Tang ni, memang aku kagum la coz menu yg ada di sini semuanya berbentuk western style ye.

Aku pon order air milo dan roti bakar je. Ana pula order Scrambled Egg Blackpeper Toast Bread.Sementara tunggu air sampai, Ana leka melayan si kecil yg banyak bertanya manakala aku pula hanya sesekali menyampuk. Lebih bnyk memerhati je. Tak brapa lama kemudian air kami pon sampai. Aku kenselkan terus mknn yg aku order. Tak ada selera nak makan.

Sementara tunggu Ananya mknn yg sdg di buat, kami beralih ddk d tepi sungai. Rasa lebih relaxkan.
Ingatkan boleh relax, lg terganggu dibuatnya. Si kecil itu mengekori kami dan mula mengendeng2 nak air yg kami minum sampaikan satu ms dia dah mula pegang straw itu utk disuakan ke mulutnya.
Kakaknya melarang dan ke dapur utk buatkan adiknya milo.
Adiknya masih lagi bermain2 di tepi kami, sambil pegang tin2 minuman yg bersepah di lantai & main pasir di tepi kerusi. Setelah di larang berhenti sekejap. Slps tu dibuatnya semula.

Tak lama kemudian makanan Ana pon sampai. Baru je nak makan si kecil dah dtg di tepi tanya ttg mknn tersebut. Baru satu suapan, si kecil minta nak rasa. Ana pon bagilah. Aku tgk aje smbil bertukar pandangan dgn Ana. Slps tu si kecil ni sambung main di sekitar kami. Kami ni risau takot2 dia jatuh dm sungai nnti.
Ana dgn lemah lembutnya melarang...ehh jgn main sana, nnti jatuh...jgn main tin tu kotor..duduk di kerusi ye..

Tengah2 makan si kecil ni dtg terus pegang mknn Ana, aku terus ternganga. Ana terkejut dan terus melarang lg. Slps tu sekali lg dia nak usik air miloku, aku terus terbuntang mata sambil termarah...miraa(bkn nm sbnr) cuba ddk diam2, jgn usik sana sini. Terus diam budak tu..Aku pon da tak ada selera nak minum. Terpikir nak tuang je minuman yg masih penuh ni dlm sungai tapi tiba2 terpandang pd ank kecil ni, terus je aku bg pdnya. Ana pon terus bg mknnnya jg. Pertama kali kami mkn di kedai tapi bg anak tuannya kedai makan. Haha...

Masa bayar di kaunter, br kami perasan cafe ni dipunyai oeh penyanyi reggae yg terkenal seketika dulu.
Yg aku rasa kesian ialah pada anak2nya, yg kecil tu dah dibiasakan dgn budaya santai yg tak kisah apa2.
Arak tu dah jd perkara biasa dilihat. Tinnya da jadi mainan harian. (ni memang dpn mataku sendiri)
Anak yg masih kecil, berwajah comel dan masih tak mengerti apa2 ttg hidup itu...alahaii

Seketika aku berfikir, barangkali hikmah aku termsuk ke cafe ini kerana Tuhan nak tunjukkan sesuatu dan belajar sesuatu. Terfikir jg ttg kes Kartika yg nak dikenakan hukuman kerana minum arak...bagaimana pula dgn org Melayu yg jual arak..???

 Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar penyanyi sekeluarga tu akan berubah ke arah kehidupan yg lebih baik. Semoga anak-anaknya tidak akan terus berada dalam keseronokan dunia semata dan semoga tuhan melimpahkan cahaya kebenaran dan kesedaran buat mereka. (peringatan utk diriku juga ni)

Friday, October 22, 2010

~Doa lapang hati

Salam semua
Jom kita baca doa ni bersama2. Moga lapang hati kita pada hari ini.
www.tilmiz.net


~Ya Allah lapangkanlah hati kami, mudahkan urusan kami, tinggikan pahala kami, cantikkan akhlak kami, terangi hati kami & terangi dgnnya kubur kami, wahai Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam.



Tuesday, October 19, 2010

~Nuffnang & Mangga Add

Ohayou minna...

Lama dah tak update blog ni.
Tak kesempatan sbb bz bebenar.

Ni nak berkisah ttg iklan nuffnang dan mangga add.
Seminggu yg lepas saja je letak iklan mangga add ni pd bog.
Saja suka2 nak nmpk cantik sbb iklan nuffnang hanya sekali sekala je munculnya.

3 hari lepas, aku saja2 cek akaun nuffnang ...
Pelik bila tgk status da tukar kpd ahli biasa bukan glitterati..

Kelmarin aku pun buang mangga add tu.
Hari ni tgk statusku dah tukar semula pd glitterati.

Barulah faham rupanya Nuff ni akan merajuk bila iklan lain diletakkan bersama.
Tapi aku tgk kat blog lain ada jg yg letak bersama kan.
Tak ada pape ke pd status nuff dia org yek..
Aku yg keliruuu.....

Monday, October 11, 2010

~ Resepi Onigiri @ Rice Ball @ Nasi Kepal

Ohayou minna..

Jumaat lepas mengajar pel. ting 2 cara-cara membuat onigiri.
Asyik mengadap buku je, sesekali tukar pada aktiviti lain pulakan.

Okey..berbalik pd onigiri.
Sape tau apa tu onigiri...?

Onigiri atau rice ball atau pon di panggil nasi kepal.
Di Jepun, onigiri juga dikenali sebagai omusubi, nigirimeshi dan nigiri sushi. 
Onigiri bermaksud "memegang sesuatu benda dengan tangan"

Sedap dan mudah dibuat.
Boleh dijadikan sebagai bekal ke sek, piknik etc...

Hari tu aku cuma mengajar buat onigiri dgn bahan2 yg mudah shj.
tekunnya meng "onigiri".......

 ceria je kalo bab makan...hehe

 sensei....next time nk lg....




Biarpun bahannya nmpk biasa2, semua tekejut bila dgr harga beras jepun utk sekilo RM9.90

Jom scroll ke bawah tgk bahan-bahanya.




Bahan2 (utk 2 org)

1/2kg beras jepun (ada di jusco/giant/carrefour)
1tin tuna mayo (inti ikut kreativiti boleh ditambah/diganti dgn apa2 saja cth telur ikan + udang + isi  ketam+ mayo + bijan) 
garam
nori (seawed)
plastic wrap
cuka jepun (jika rs perlu letak sikit ms gembur nasi/ kalau tak ada pun tak apa) 

Cara2nya
1. Masak beras jepun seperti beras biasa.
2. Gemburkan nasi bila dah masak.
3. Ambil plastic wrap (agak2 ukurannya)
4. Buka dan letak ats tapak tgn, taburkan sedikit garam. (ikut traditional jepun guna tgn je, tp tak nak melekit guna plastik lg mudah)
5. Masukkan nasi & leperkan
6. Letakkan inti tuna mayo.
7. Ambi sedikit nasi tutupkan ats inti td.
8. Bentukkan onigiri (ikut suka). Biasanya berbentuk segitiga.
    Untuk membuat bentuk segitiga, letakkn tgn yg sebelah lagi dalam bentuk "A" ke ats tgn yg memegang
plastik nasi dan bentukkan.
9. Setelah siap, akhir sekali letakkan nori. (jika tak nak mkn segera jgn letak nori dulu. nnti norinya jd lembap)

haa..senangkan.....
Bila dah pandai variasikan pelbagai intinya ikut kreativiti. ^_^

Di bawah ni adalah bentuk onigiri yg telah dibuat. kreatifkan..
Tercapailah objektif p&p hari ni..yeay..!

student gembira sensei happy, kenyang perot suka ati...





Cubalah buat ye...oishii yo! (sedap tau)

Jya ne, minna.

Friday, October 8, 2010

~Don't stop believing in Sumo champ Akebono -->versi Jepon

Glee ---> sebut ttg glee rasanya sume tau kan...
Kalo tak tau google ajela ye... hehe
Drama musikal amerika yg popular diseluruh dunia ini, auranya turut melanda jepun juga.

Dibintangi oleh Akebono Taro, pesara yg juga bekas johan sumo.
Beliau menggunakan musikal utk mempopularkan sukan sumo jepun tetapi setengah rakyat jepun tak berapa setuju dgn caranya tu.
Jom kita tgk "don't stop believing" versi Jepon.

Tuesday, October 5, 2010

~Sy suka awak...i love u - panggilan hangit asrama putera


Ahad kelmarin aku ke KL dgn K.Aizar, Ika & Ana. Bertolak pg dr Kuantan dan pulang pd petangnya.
Penat.. ?..Jauh...? Hmmn..x trasa pon, mungkin sbb da terbiasa berjalan ms ddk Jepon dulu.
Sampai di Kinokuniya aku terus menghantar LO buku2 Jepon yg aku nak sambil belek2 buku Jepon yg lain. 
Geramnya..rasa nak beli je sume buku tuh...belek punya belek akhirnya aku sambar Majalah Hiragana Times bulan 9 nye. 
Kawan sekolah ku sempat buat lawak, lebih baik la beli mknn drpd beli majalah nipis yg tak padan dgn harganya..haha..

Dah puas belek2 buku, perot pun mula menyanyi. Kami ke sakae sushi. Almaklumlah tekak ni kepingin benar nak makan sushi ni. Kalau di Jepon dulu makan setiap ari pon tak jadi masalah selagi tekak trasa nak mkn. Alhamdulillah, tercapai jua hajat dapat mkn sushi w/pun pilihan sushi mentah tak banyak sgt.

Sdg berbual2 trdengar bunyi suara katak berbunyi. Bunyi hp ku yg cantek tu la.. Rupanya ada 5 missed call. Dek kelaparan tak sedar tang bila katak menyanyi. 4 panggilan dr public tel sek. dan 1 dr c.Asmui. Dalam hati terdetik hairan nape plak ada 4 missed call dr sekolah ni. Lantas aku pon call c. Asmui bertanyakan apa sbnrnya tlh berlaku. Maklumlah sebagai warden sek yg br dilantik rasa cuak jugakan. Rupanya c. Asmui nak minta aku tlg hntrkan budak sakit mata ke hospital tapi memandangkan aku dah berada nun jauh di kl x dapat lah nak hntr. Aku kira selesai sudah bab tel ni.

Sedang berjalan2, jam pon dah 3.15 ptg..tiba2 tel berbunyi lg. Rasa pelik jug bila tgk no dr public sek. No yg sama missed call t/ari td dan tengah mlm kelmarin. So aku pon jawab la kan.
 Aku:  Hello...hello...hello.. (senyap jek, x dgr pon suara org bckp ) tel rosak ke hape nih..(nk mrh jg rsnya tp sabar lagi
Kali ke 2 bunyi lagi, aku pon jwb..
Aku: Hello..hello..
Tetiba je aku dgr suara lelaki dr sebelah sana jawab "saya suka awak..i love u.."
Aku apa lgkan, terus offkan talian sambil mengomel2. Apa nak jadi dgn budak2 ni..dia org ingt aku tak tau ni no dr asrama. 
Kwn2 yg dgr terus kata, mungkin bukan kot...takkan berani dia org nak buat mcm tu.
Aku pon sabar sambil memikirkan apa tindakan yg harus di buat.
Balik dr KL, aku jmpa bdk2 yg masih prep. Bg dia org duit minta tlg tel aku guna semua public yg ada di sek ni termasuk kaw asrama.
Akhrnya aku dapat detect no tu dr asrama putera..

Mlmnya aku minta pendapat kawan tindakan yg harus aku buat. Esoknya ms meeting warden aku pon bg tau kes ni. Terkejut dan tergelak dia org. Ms minum mlm slps meeting kena ulang crita lg. 
Sudahnya pentadbir plak tau. Senyum jek dia. katanya..budak2 kecik pon minat ko..hehe..patutnya ko layan je dia. Bersoal jawab dgn dia.nnti mesti tahu sape orgnya..
Aku terkebil2 dgr penjelasannya dan terus jawab, x terpikir nak buat sbb sy tak suka nak layan2 mcm tu. hmm..biasalah, sy ni diminati oleh org atasan sampai la budak kenit..hehehe.. Senyum je sume org.
Ketua warden plak terus tanya warden lain..korang ada ke dpt panggilan misteri mcm tu? 
Jawab dia org..tak adalah...tak pernah pon kena camni..
Kt cikgu Asmui plak..eh, bagus tu dia kata saya suka awak, i love u..sayang ni ada mcm2 maksud, nasib baik bukan dia cakap saya benci awak, i hate u..
Hmm..aku plak termangu2 bila dgr penjelasan cikgu Asmui tu.. 

Semalam dan hari ni masih lg dpt panggilan antara jam 5.50 dan 6.50ptg. 
Aku hanya angkat hr ni..tapi aku senyap jek..
Harap2 aku dapat tau identiti pemanggil mistri nih dari penyiasat upahanku tak lama lagi..

Apa pendapat korang plak? Ada apa2 cadangan?


Monday, October 4, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER


salam semua
hari ini saya ingin masuk senarai BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER

harap2 en Ben sudi meletakkan blog saya dalam blog list en ben
banyak yg saya belajar daripada en ben ni..tqvm..

p/s: saya masuk list TULIS DAIRI..hehe

Thursday, September 30, 2010

~why we FaRt



ari ni terbc di mjlh remix ttg tajuk ni
cam menarik je rasanya
so terpikir nak berkongsi stlh bsoal jwb ngan my frens

korang pernah tak terpikir





haa...mesti x penah terpikir secara serius kan..
jom kita bc seterusnya di bwh





~udara yg di hirup
~udara yg meresap dlm perut dr darah
~gas yg terhasil dr reaksi kimia dlm perut
~gas yg dihaslkn bakteria dlm perut




~ada cmprn gas hydrogen sulfide & mercaptan (lbh bnyk gas ni lebih busuk bau kentut) cth: telur rebus




~bunyi terhasil akibat getaran pd permukaan dubur
~kekuatan bunyi bergantung pd pelepasan gas & kekuatan otot dubur (pas ni bole lah buat pertndingan bunyi) hehe..




~seseorg blh hasilkn 1/2 liter gas kentut = lbh kurg 14 kali sehri(yg sbnrnya susah nk kira secara tepat)



Saturday, September 25, 2010

~Filem Magika


~Apa kau buat di sini budak.. tahu tak erti marbahaya....


2 hari lepas aku gi mnonton cerita ni di ECM, Kuantan.
bole la bg 4/5
filem bercorak muzikal dongeng rakyat ni x boring utk di tonton bersama keluarga mahu pun kawan2
lagu2 dlm filem ni memang kena..sampaikan kita rasa nak nyanyi bersama
haa..satu yg aku yg aku perasan, pelakon dalam crita ni setia dgn baju yg sama dr awal hingga akhir.. hehe..
save budget dah dr segi tukar2 bj kan..

antara cerita dogeng rakyat yg di ketengahkan dlm Magika seperti Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak pander, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang, Hang Tuah dan banyak lagi.

mungkin filem ni nmpk hidup di sbbkan oleh pelakon & penyanyi yg hebat2 blaka
part kak ziana sebagai nenek kebayan jelita..memang kelas! sungguh menghiburkan
part ning baizura yg bersedih krn nak kembali muda ( adoyaiii..rasa cam hodoh bebenor mukanya ms ni)
part sabri yunus dgn lawaknya yg slamba & reaksi wajahnya yg lucu
part mawi sebagai badang..hmm..(aku rs dia ni sesuai jd penyanyi je kot) jgn mare ye peminat2 mawi di luar sana.. hehe..
part adibah nor, senario, pak nil, raja azura, dll sumenya x mengecewakan..hehe..
aku suka sgt pd part m nasir
yg jd penunggu jambatan
dgn lagunya " mahu ke mana kamu bertiga..jgn sampai bangunkan naga.."
yg akhirnya dia sendiri bertukar menjadi naga, memang mantap!

kalau korang rasa nak hiburan ringan dan santai
p la tgk filem muzikal dongeng rakyat ni ye

jom kita tgk tailer filem ni



tahniah pada KRU ats kreativiti menghasilkan filem muzikal dongeng rakyat
sekurang-kurangnya dongeng rakyat x lah ditelan zaman begitu saja.

Never say no to PANDA

jom kita tgk iklan panda di bawah
iklan dr egypt ttg cheese
sungguh la x tahan nak gelak sgt bila tgk pelaku panda tuh..



amacam...best tak?

Thursday, September 23, 2010

~parcel RaYa



n3 kali ni nak crita ttg parcel raya plak ..x abis2 crita raya.. :)
2 hr sblm raya hr tu aku dapat parcel dr my bff a.k.a yulichan
gembiranya ht x terkata

kat ats tu isi parcel ku. klik utk bsrkn ye
(sungguh aku rindu gila kat mknn2 nih..rindu jg pd jepun yg tak akan terpadam sampai bila2)

kalo org lain sibuk dpt kuih raya
aku plak sebaliknya
dpt kiriman brg2 dr jepun.. yeayy!
yg dikirmkn olh kawanku
yg still lg blajar di sana

yg sbnrnya aku minta crkan stamp kartun yg kiut miut
sebagai ganti koleksi yg lamanye
bila my frenz, ana dpt tau
dia pun minta crkan tumbler starbucks edisi japan
utk koleksi pribadinye
akhirnya tumbler Osaka & Japan (Airport Special Edition)
yg jadi pilihan
skrg sudah brada di depan mata
gembira ...la la la la la..

Arigatou yulichan
minta crkan brg stamp & tumbler je
dapat plak extra yg lain
makanan + keychain sebagai hadiah
sgt2 la terharu!

mknn jepun (corn potage) ni
sgtla aku suka mkn
saban minggu x miss beli
siap jamu kawan yg bertandang ke rumah
dan sebagai buah tngan ms pi berjalan2 ke rumah kwn di jepun

hari tu aku terjumpa snack ni
di kedai 100yen yg br buka di Seremban
harganya jd RM5.80
w/pun arganya jd mahal skit kat sini
aku beli jugakla kan
sbb teringin benar nak mkn
ikut tekakku sedapla
kalo korang aku tak taula yek.. hehe

wat kak zia yg rajin bc blog aku yg tak seberap ni
memndgkn akak adlah pelawat & pengomenku yg setia di alam maya mahupun realiti
maka dengan sepenuh hatiku akan berkongsi rasa snack ini dgn akak ye..
sudi2kanlah esok... =)












Saturday, September 18, 2010

~sms RaYa



ari ni rasa nak tulis n3 ttg sms raya la.
w/pun 1 Syawal dah pon berlalu ttp msh lg dlm mood rayakan.
beberapa ari nak raya, tgh mlm raya & di hr raya
hpku smpi semput bersuara
"tun tun tun tun tun tun tun you've got mail"
mcm2 sms raya yg ditrima
ada yg sama
ada pula forward dgn nm pengirim asal msh kekal.. he2x
ada gak yg mnyentuh kalbu
apa pon TQVM pd yg sudi hntr & bls
gmbira tnda diri diingati

aku pon dgn rasa yakin bergaya ciptalah sms pantun raya sndiri
w/pon x mampu menyentuh sukma
kira okla kan..hehe

ketupat palas lemang tepung
juadah wajib org utara
ceria gembira raya di kg
keselamatan diri jgn dilupa
Salam Lebaran Maaf Zahir Batin

haa..amacam.. OK ka KO

yg bwh ni plak antara sms yg ditrima.. share yg best2 aje la ye

Sebening air wudhu,sesuci Al-Quran,semerdu alunan zikir,seindah solat 5 waktu,setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam..Jika tnganku x sempa berjabat, jika mukaku x sempat bertatap, bukalah pintu maaf utkku SHRAMZB - dr kezen ku

Dalam berhubung mungkin terkasar bahasa, dlm bergurau mungkin terlajak sapa, dlm berjanji mungkin ada yg belum dikota, dlm berbicara mungkin ada yg menyinggung rasa, jika ada kemaafan jualah yg dipinta SHRAMZB -dr C.Asmui & Wawa

Jika kesilapan semalam belum trampun "MAAFKANLAH
Jika kesilapan hari ni menyakitkan ht "LUPAKANLAH"
Jika kesilapan esok mendatang jgnlah di bw ke AKHIRAT
inginku menyusun 10 jari, mohon ampun & maaf SHRA -dr. Ros

Indahnya insan kerana berilmu
Indahnya ilmu kerana beramal
Indahnya amal kerana beriman
Indahnya hati sudi memafkan SHRAMZB -dr k.Su


"Saat yg lepas milik Allah, yg akn dtg dlm rahsia Allah, yg kita miliki hanya detik ini namun ttp hak Allah" Jalani kehidupan yg kita miliki ini dgn penuh bererti. Salam Aidilfiti MZB -dr Bad


Ada kala kita mulia :-P
Ada kala kita hina :-(
ada kala kita kaya;-)
ada kala kita papa ;-(
ada kala kita bahagia :-D
ada kala kita sengsara :-@
Semuanya ini adalah ujian Allah kpd kita sebagai manusia yg menumpang di dunia sementara
Ya Allah Ya Rahman, muliakanlah saudaraku ini, bahagiakanlah keluarganya berkatilah rezekinya, kuatkanlah iman, eratkanlah persaudaraan kami SHRAMZB
-dr bekas pengetua INTEK Tn Hj Basirun

Semoga madrasah Ramadhan mampu menjadikan kita insan terbaik dan jiwa yang mulia SHRAMZB -dr gpk HEM Ust. Izall

Kura2 bjln lmbt, ank kera melompat2, kad raya nk hntr tak tau alamat, guna SMS da tentu selamat SHRAMZB dr Yuli

Rendang - dah masak
Ketupat -dah rebus
Kete -dah kilat
Fitrah -dah bayar
Apa lg yg belum yeaa... la minta maaf je yg belum SHRAMZB -dr Mat No

Tari zapin rentak melayu..rentak langkah hitung delapan..bulan syawal di ambang pintu..silap dan salah mohon maafkan -dr Amani

Syawal bulan pengampunan Syawal merapatkan ikatan, Syawal ruang utk bermaafan, Semoga persaudaraan kita terus berkekalan..SMHRA 1431H MZB Taqabballallhu minna wa minkum..kullu am wa antum bikhoir.. -dr C. Fauzi

Dalam kerendahan hati
Ada ketinnggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah
Ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa
MOHON MAAF ZAHIR BATIN SHRA - dr Wani & pengirim mistri

~pd yg hntr sms & call waktu raya sekali lg diucapkan ribuan terima kasih ye. ada rezeki bertemu lg di taun hadapan. (^-*)~

Tuesday, August 31, 2010

~Pdang MPK 1 Kuantan


slmt berbuka posa pd semua
x kira d mn u all berada

ari ni bbuka d pdang dpn masjid
destinasi berbuka paling popular d ktn..mgkin dunia jg kot..
beralas rumput berbumbung langit
juadahnya beli d bazar yg terdekat
nak apa sume ada
sediakan duit je ye
cuma yg tak bestnya
bila terpaksa menunggu
makannya pasal
org sabar & sanggup tunggu kan..
yg dtg berbuka
bukan hanya org muda
makcik pakcik, adik kakak, abg, atok, nenek hatta bertongkat & berpapah pon ada ye
gitula hebatnya org2 kuantan ni..
isk..ye ke org2 jati kuantan sume ni
rasa2nya x sume kot
sbb ada org jati kuantan x penah pon dtg bbuka di sini

meriah btol ari ni
mgkin sbb cuti merdeka + cuaca yg cantik
yg TAK meriahnya
bila ada yg biarkan sampah plastik di tengah2 padang
bila di tegur boleh gelak2 lg

sedih tgk mentaliti org2 gini
apalah salahnya kemas slps makan kan
x rugi apa pon, malah dpt pahala lg
kerana ringankan kerja pihak perbandaran

mudahkan kerja org, perjalanan hidup kita akn jadi lebih mudah.

~aku X shopping


ptg td ke ECM kuantan
sejak bln posa x pnah lg ke cni hinggalah td
satu kemajuan nih..

smpi ECM punyala parking penoh sesak..
ramai plak hr ni
hajat diht nak belek2 la mana yg patot
tp bila msk kedai punggung asyik berlaga
aku pon jd rimas & lemas
sudahnya ddk di krusi rehat je
smentara tunggu ana & ika shopingkiri kanan asyik jeling2 je la
pelik kot.. apa la ponpuan ni buat d cni
smbil belek2 kamera kann.. hehe..
kalo org sibuk shoping
aku plak sibuk amik gmbr org shoping
lg bahgia...

~Iftar & Merdeka

30 Ogos 2010
Iftar SBPIk tlh diadakn d Dema.
Ada acara potong kek smpena ulang taun penubuhan SBPIK @ INTEK yg ke 7 & Sambutan d Ambang Merdeka.
YDP PIBG turut sm memeriahkan suasana.


Dema masak special ari ni. Selain tu ada menu istimewa patin masak tempoyak.
Ikannya di bw khas dr Temerloh. Rezki mewah btol. Tq Allah.
Apa lg x lepaskan pluang mkn dgn sepuas2nyalah kan.

Abis mkn, bramai2 ke surau utk solat maghrib, hajat & trawikh & bacaan Yasin.
Seterusnya ke dewan utk tayangan Bukit Kepong, ucapan & countdown merdeka.

Anak2 selepas merdeka boleh tergelak2 & bertepuk tgn ms mnonton Bukit Kepong.
Alahai anak2 SBP... apa la prasaan korang ms tgk tu...sngguhku x paham.
Yg penting sgt bsyukur kerna lahir slps merdeka & x mlalui saat susah payah getir sblmnya.

Tibalah ms utk countdown merdeka.
Diketuai oleh Pengetua dan barisan pentadbir.
Yg mengantok pon jadi segar bugar dibuatnya.
Memang meriah walaupun hanya sekadar d dlm dewan.
Slps tu bramai2 menyanyikan lagu patriotik. 6 buah lagu tuu.. tengah2 mlm lagi.
Seronok dan puas! itulah yg dapat digmbrkan!

~ yuhuuuu..i'm back...

Salam Ramadhan & Salam Merdeka

yeahh..
ari ni terbuka ht hndk berblog semula
setaun dah x de coretan..
tgk k zia yg rajin berblog & x jemu2 srh update n3
buat atiku ni jd cair jg...huhu..

okey jia..LET'S START AGAIN!