Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Friday, October 12, 2012

AL FATIHAH BUAT SAHABATKU NORMAYA MOKHTAR

Salam. 
Catatan khas utk sahabatku...

12 oktober 2012
Hari ni genap sebulan sahabat 1 batch ms belajar d jepun kembali mengadap illahi.
Ye mmg sy sedihh. Sedih mcm mn pun Allah lbh sygknnya.
Dan yg pasti sy akn sentiasa tekenangkannya.
Seminggu sblm dia pergi, dia mesej sy pg2 Subuh bertanyakn khabar. 
Sungguh sy rsa sesuatu yg pelik krn tk pernah terima mesej seawal pg tu drnye.
Tros sy tanya awalnye mesej..? 
Jwbnya intenet sentiasa ol.
Ok, sy trima jawnye, wpon sy rsa pelik.
Terkenang kembali saat2 mendengar berita ttg kematiannya. 
Waktu itu sdg sibuk mengemas brg utk kursus jati diri pd esoknya.
Senior tel dan mklmkn brita.

Memang tak mampu nk berkata2 krn tekejut.
Mana mgkin nk percaya krn sehari sblm pemergiannya kami bermesej2.
Ucapan tahniah drnya krn sy terpilih utk ke Jepun utk program KIZUNA.
Kami bercerita ttg rezki dan jg imbas kembali kenangan belajar d jepun.
Br 3 tahun sy tinggalkan jepun krn tamat belajar dan seterusny kali ni pergi atas urusan kerja.
Seronok ktnya, krn sy dpt kembali ke jepun smula.

Sekembali dr jepun, sy dan rakan melawat keluarganya d perak.
Sy jg smpat brbual2 dgn stdntnya yg terpilih utk program Kizuna.
Krn dia jg antara yg terakhir bersama arwah d kuaters.

Melihat ibunya, mcm melihat arwah maya.
Mendengar crita dr ibunya lbh bermkna drpd membc brita d suratkhabar. 
Banyak kabar angin dr betulnya.

Jika tahun lps, ke perak utk meriahkn mjlis kahwinmu.
Tahun ini kembali semula utk ke pusaramu.
Sungguh cepat putaran ms yg berlalu.
Alfatihah tk sahabatku Normaya Mokhtar.
Akan sentiasa dalam ingatanku.
Doaku akan sentiasa utkmu.

Batch kami hanya tinggal 9 sahaja drpd 10.

Thursday, November 24, 2011

Strawberry oo Strawberry

buah strawberry dlm pasu, nak beli pikir2 dulu..
Teruja sgt dgn gmbr yg diambil sendiri ni..hehe
Kagum dgn ciptaan Allah, jika diperhatikan betul-betul, dalam 1 pasu, buah yg br berputik hijau, berkembang ke arah hijau muda dan oren seterusnya masak ranum merah menyala.
Subhanallah..cantiknyee!!

Nyumm..nyumm..sedapnye jika makan cicah cekelat atau pun susu pekat.
Tringat masa belajar di jepun dulu, tahun pertama di neg org, sempai bw p ladang strawberry.
Nun terletak jauh di Chiba, naik ketapi turun ketapi, naik bas, jalan kaki dan akhirnya smpai jua.
Kali pertama nak memetik strawberry di negara org semangat berkobar2 bukan main lg.

Masuk kena bayar dlm seribu yen. Lebih kurang RM40(ikut nilai wang semasa).
Makan, bergambar dan petiklah buah sepuas2nya dlm setengah jam.
Jika nak bawa pulang, harga dikira lain.
Sedap dan manis!

Eh..eh..mcm la di negara sendiri tak ada strawberrykan..hehe..

Strawberry...dlm bahasa jepun disebut ichigo. (イチゴ)

Balik ke Msia dah tak teruja sgt nak mkn strawberry ni.
Jika beli di pasar raya pastil rasanya masam. Tak pernah pun dapat yg manis.
Kata org nak yg manis gi ke Cameron Highland atau strawberry farm yg baru buka di area nak naik ke genting.
2 tempat ni dahku pergi, rasanya ttp masam juga.

Awal cuti sek kelmarin aku ke cameron dgn teman.
Dari ipoh ke cameron hanya sejam sahaja. 10 tahun dah tak pernah jejak kaki ke cameron.
Makin panas skrg. Memang ramai org jual strawberry. Macam2 harga.
Bila tanya semua kata manis.
Ladang strawberry yg baru dibuka pun ada.
Strawberry di cameron ni memang sepanjang tahunke? Ada sape2 yg blh tlg jawab...?

Walaupun selera terhadap buah strawberry Msia kurang tetapi minatku pada aiskrim dibawah ni tetap tak berubah. Terbaekkkk dr Msia!


aiskrim strawberry