Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Sunday, October 31, 2010

~Cherating & Scrambled Egg

14/10-17/10 lepas, sek tlh mengadakan bengkel "Perfect Score" untuk pelajar form 5 d Kelab Budaya Cherating selama 4 hr 3 mlm.
Jika tahun lepas d Cherating Bay Resort yg berkonsepkan apartmen, kali ni pula chalet yg menjadi pilihan.

Sebagai urusetia pelajar, aku dan Ana berada di situ dari awal sehinggalah hr terakhir. Sesekali bercuti sambil bekerja seronok jugakan.
Waktu pg dan ptg, jka pelajar dah mula berbengkel, kami pun mulalah merayau2 berjalan ke pantai dan meninjau2 kawasan yg berhampiran.

Hari Ahad pg kami bercadang nak breakfast kat luar. Pekena western style pulak.Masa merayau2 di sekitar pantai tu kami da ternmpk lokasi menarik yg penuh dgn flora fauna, ada pokok kelapa, meja kayu, nmpk cam ada sungai di sebelah tempat mknnya.. Pendek kata relax dan santai ala2 hawai gitu.

So pagi tu kami singgah masuk di situ. Stlah ddk, x pula kelihatan org dewasa nak dtg ambil order.
Yg kelihatan hanyalah budak2 yg leka bermain facebook d tepi kaunter. So kami pun tunggu sekejap.
Tak lama kemudian dtg 2 org budak perempuan sambil membawa menu.
Sorang 10 tahun dan sorang lagi 3 tahun.
Pemilik kedai ini telah meletakkan gmbr anak2nya sekali dlm menu tersebut. Belek2 menu dan bersoaljawab, memng sah org Islam. Tapi yg tak sedapnya, gmbr anak yg paling kecil tu disertakan dgn promosi minuman keras. Haa..Aku dah mula rasa tak sedap hati ni.

Kata anak2nya lg mak ayh  mereka g KL, honeymoon. So tinggal dia dan abg2nya yg handle kedai. Abg yg plg tua pun br berusia 16 tahun. Nak order apa2 semua abg yg akan buatkan. Tang ni, memang aku kagum la coz menu yg ada di sini semuanya berbentuk western style ye.

Aku pon order air milo dan roti bakar je. Ana pula order Scrambled Egg Blackpeper Toast Bread.Sementara tunggu air sampai, Ana leka melayan si kecil yg banyak bertanya manakala aku pula hanya sesekali menyampuk. Lebih bnyk memerhati je. Tak brapa lama kemudian air kami pon sampai. Aku kenselkan terus mknn yg aku order. Tak ada selera nak makan.

Sementara tunggu Ananya mknn yg sdg di buat, kami beralih ddk d tepi sungai. Rasa lebih relaxkan.
Ingatkan boleh relax, lg terganggu dibuatnya. Si kecil itu mengekori kami dan mula mengendeng2 nak air yg kami minum sampaikan satu ms dia dah mula pegang straw itu utk disuakan ke mulutnya.
Kakaknya melarang dan ke dapur utk buatkan adiknya milo.
Adiknya masih lagi bermain2 di tepi kami, sambil pegang tin2 minuman yg bersepah di lantai & main pasir di tepi kerusi. Setelah di larang berhenti sekejap. Slps tu dibuatnya semula.

Tak lama kemudian makanan Ana pon sampai. Baru je nak makan si kecil dah dtg di tepi tanya ttg mknn tersebut. Baru satu suapan, si kecil minta nak rasa. Ana pon bagilah. Aku tgk aje smbil bertukar pandangan dgn Ana. Slps tu si kecil ni sambung main di sekitar kami. Kami ni risau takot2 dia jatuh dm sungai nnti.
Ana dgn lemah lembutnya melarang...ehh jgn main sana, nnti jatuh...jgn main tin tu kotor..duduk di kerusi ye..

Tengah2 makan si kecil ni dtg terus pegang mknn Ana, aku terus ternganga. Ana terkejut dan terus melarang lg. Slps tu sekali lg dia nak usik air miloku, aku terus terbuntang mata sambil termarah...miraa(bkn nm sbnr) cuba ddk diam2, jgn usik sana sini. Terus diam budak tu..Aku pon da tak ada selera nak minum. Terpikir nak tuang je minuman yg masih penuh ni dlm sungai tapi tiba2 terpandang pd ank kecil ni, terus je aku bg pdnya. Ana pon terus bg mknnnya jg. Pertama kali kami mkn di kedai tapi bg anak tuannya kedai makan. Haha...

Masa bayar di kaunter, br kami perasan cafe ni dipunyai oeh penyanyi reggae yg terkenal seketika dulu.
Yg aku rasa kesian ialah pada anak2nya, yg kecil tu dah dibiasakan dgn budaya santai yg tak kisah apa2.
Arak tu dah jd perkara biasa dilihat. Tinnya da jadi mainan harian. (ni memang dpn mataku sendiri)
Anak yg masih kecil, berwajah comel dan masih tak mengerti apa2 ttg hidup itu...alahaii

Seketika aku berfikir, barangkali hikmah aku termsuk ke cafe ini kerana Tuhan nak tunjukkan sesuatu dan belajar sesuatu. Terfikir jg ttg kes Kartika yg nak dikenakan hukuman kerana minum arak...bagaimana pula dgn org Melayu yg jual arak..???

 Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar penyanyi sekeluarga tu akan berubah ke arah kehidupan yg lebih baik. Semoga anak-anaknya tidak akan terus berada dalam keseronokan dunia semata dan semoga tuhan melimpahkan cahaya kebenaran dan kesedaran buat mereka. (peringatan utk diriku juga ni)

13 comments:

Unknown said...

kesiannye dak2 tu..
mcm terbiar jek 'mentally nye'
huhu

Hana_Hide said...

Iskh...iskh...cian...cian...bila fikirkan bdk2 yg buat kerja. Kalau tolong masa ibubapa ada dapat terima lagi...ini dtinggalkn! cis, kalau apa2 terjadi...baru nak menyesal

Anonymous said...

~yea sampai cmtu skali..buka kdai makan tp tuan tanah xcukup makan..hihihi
Semoga Allah mberi rahmat n petunjuk kepada kita semua..amin.^yuli~

Suara Kalbu said...

Hahahaha..lawak lak. Anak tuan kedai makan tak cukup makan ke apa ?

sarah-najwan said...

kat mane ni..habaq sket..mai akak nk gi terjah lak..ngeh3

Anonymous said...

ct cat likes this

Anonymous said...

actually, ct cat dont likes...feel sorry for the kid...

sweetsal said...

anak tuan kedai yg makan...kesiannya..

mumumeow said...

sedapnye...tpi skang ni pose....huhu...

Jia Sensei said...

cik bb;
memang kesian..

hana hide;
mcm da terbiasa ar budak2 tu. w/pon bagus sbb berdikari tapi kena pantau juga.

yuli;
moga2 dlm perlindungan tuhavn selalu

ida;
hahaha...gitu ar nmpknya..mak pon tak kisah je tinggalkan anak mcm tu

sarah;
biarlah rahsia...hahaha..x yah g lah, wat sakit pala je..kui3x

sweetsal;
memang sian kak.

mumumeow;
karang buat utk buka posa ye.. =)

Anonymous said...

kesiannya...

tapi kan mmg tak selesa
la kalau macam tu keadaannya...

Jia Sensei said...

cam tu ar manja. x de mood sudah..hehe

tehr said...

restoran tu jual arak?
masyaalllah