buah strawberry dlm pasu, nak beli pikir2 dulu.. |
Kagum dgn ciptaan Allah, jika diperhatikan betul-betul, dalam 1 pasu, buah yg br berputik hijau, berkembang ke arah hijau muda dan oren seterusnya masak ranum merah menyala.
Subhanallah..cantiknyee!!
Nyumm..nyumm..sedapnye jika makan cicah cekelat atau pun susu pekat.
Tringat masa belajar di jepun dulu, tahun pertama di neg org, sempai bw p ladang strawberry.
Nun terletak jauh di Chiba, naik ketapi turun ketapi, naik bas, jalan kaki dan akhirnya smpai jua.
Kali pertama nak memetik strawberry di negara org semangat berkobar2 bukan main lg.
Masuk kena bayar dlm seribu yen. Lebih kurang RM40(ikut nilai wang semasa).
Makan, bergambar dan petiklah buah sepuas2nya dlm setengah jam.
Jika nak bawa pulang, harga dikira lain.
Sedap dan manis!
Eh..eh..mcm la di negara sendiri tak ada strawberrykan..hehe..
Strawberry...dlm bahasa jepun disebut ichigo. (イチゴ)
Balik ke Msia dah tak teruja sgt nak mkn strawberry ni.
Jika beli di pasar raya pastil rasanya masam. Tak pernah pun dapat yg manis.
Kata org nak yg manis gi ke Cameron Highland atau strawberry farm yg baru buka di area nak naik ke genting.
2 tempat ni dahku pergi, rasanya ttp masam juga.
Awal cuti sek kelmarin aku ke cameron dgn teman.
Dari ipoh ke cameron hanya sejam sahaja. 10 tahun dah tak pernah jejak kaki ke cameron.
Makin panas skrg. Memang ramai org jual strawberry. Macam2 harga.
Bila tanya semua kata manis.
Ladang strawberry yg baru dibuka pun ada.
Strawberry di cameron ni memang sepanjang tahunke? Ada sape2 yg blh tlg jawab...?
Walaupun selera terhadap buah strawberry Msia kurang tetapi minatku pada aiskrim dibawah ni tetap tak berubah. Terbaekkkk dr Msia!
aiskrim strawberry |