Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Showing posts with label SBPIK. Show all posts
Showing posts with label SBPIK. Show all posts

Monday, May 30, 2011

~Tarian Soran Bushi (ソ-ラン節) 

Penari2 Soran Bushi  *Klik gmbr utk besarkn
Alhamdulillah, tertulis juga entri yg tertangguh ni.
Khas untuk pelajar2 tingkatan 1 SBPI Kuantan.
Terima kasih daun keladi,
Sudi2kanlah buat persembahan lagi ye. =)

Soran Bushi ~
Sejenis tarian tradisional nelayan di jepun.
Muziknya yg rancak dan segar serta gaya tariannya yang nampak bersemangat dan menarik.
Memukau hati mereka yang melihatnya.
Boleh klik di sini untuk menonton.



Yg sebenarnya tarian ini adalah persembahan pelajar2 Jepun tingkatan 1/2011.
Yg menawarkan diri sendiri utk membuat persembahan tanpa paksaan.
Susah sebenarnya nak cari pelajar yg bersungguh begini. Sangat jarang dijumpai.
Bersinar & bulat mataku semasa mereka menyatakan kesudian untuk menari.
Latihan hanya 1 jam setiap hr selama seminggu.
Tak punya masa yg lebih krn jadual sek berasrama penuh yg sentiasa padat.

Ttp sehari sebelum persembahan berlangsung, ada sorang pelajar yg kurang sihat.
Maka sorang sukarelawan yg selama ni setia melihat latihan menawarkan diri untuk masuk.
Awalnya keberatan juga tapi bila nmpk sgt kesungguhannya, tak sampai hati pula nak tolak.
Terima kasih pd Tomi, pelajar mandarin yg bersemangat tinggi.

Cerita2 sebalik tarian.....ermm...banyakkkkk....yg gumbira mahupun sedey...
Tapi yg paling kelakar sekali cerita ttn Nafiz la kot..penglipur lara & penghibur hati semua orang. =)

Syabas sekali lagi, moga kalian sentiasa tidak malu untuk kehadapan dalam perkara2 yang bermanfaat. 
Ingat ye, biar popular di sekolah kerana aktiviti yang berfaedah dari popular krn aktiviti yang kurang sihat. 

Tuesday, May 17, 2011

~ SELAMAT HARI GURU.. TERIMA KASIH CIKGU!


sticky note di dinding dewan
Buat semua guru-guru di M'sia....~Sensei no hi omedetou gozaimasu~
Ucapan ni ditujukan juga pd kak zia dan hana hide - blogger guru yg rajin menyinggah ke blog yg dah bersawang ni =)

Ni tahun ke 3 meraikannya di SBPIK@INTEK Kuantan.
Walaupun sibuk dgn periksa sambutannya boleh dikatakan meriah juga.
Seawal pg guru lelaki sibuk dgn aerobik manakala guru perempuan beserta pelajar di dewan sibuk berZUMBA~sejenis tarian gelek muzik rancak..
Sesuai utk mereka yg nak kurus.

suasana dewan yg dihiasi oleh batch wisdom

Acara seterusnya di dewan perdana.
Mendengar perutusan dan menonton persembahan pelajar dan guru serta cabutan bertuah.
Banyak juga persembahan menarik kali ni.
Bakat2 terpendam yg hanya dipertontonkan setahun sekali.

form 5..identiti syyyhhh..rahsiaa!
nasyid form3
dikir barat form 4
nyanyian form 2
tarian jepun form 1

Bacaan ikrar dan nyanyian guru Msia dr para guru serta acara potong kek.
Ada 3 biji kek, rezeki makan 2 suap je. =)
salah satu kek dr para pelajar
Menjelang tgh hr makan2 di Sara Thai. Salah sebuah restoran terkenal di Kuantan.
Makan2 d sini teringat pula pd Hana Hide, Zahirah, Zura, Wani, Ain, Laip dan Poji serta En Rafi.
Skrg masing2 da berada di bumbung berlainan.
.
Terima kasih pada semua pelajar SBPIK@ INTEK ats segalanya.
Terima kasih juga pada kelab staff yg menaja hadiah, makan dan permainan bowling.
Dan terima kasih juga pd pelajar yg memberi hadiah serta ucapan sama ada di alam maya mahupun d dunia realiti.
Garang2 mcm ni pun ada juga yg sudi bagi hadiah ye.. =) tak sangka..


ikrar guru

Tuesday, October 5, 2010

~Sy suka awak...i love u - panggilan hangit asrama putera


Ahad kelmarin aku ke KL dgn K.Aizar, Ika & Ana. Bertolak pg dr Kuantan dan pulang pd petangnya.
Penat.. ?..Jauh...? Hmmn..x trasa pon, mungkin sbb da terbiasa berjalan ms ddk Jepon dulu.
Sampai di Kinokuniya aku terus menghantar LO buku2 Jepon yg aku nak sambil belek2 buku Jepon yg lain. 
Geramnya..rasa nak beli je sume buku tuh...belek punya belek akhirnya aku sambar Majalah Hiragana Times bulan 9 nye. 
Kawan sekolah ku sempat buat lawak, lebih baik la beli mknn drpd beli majalah nipis yg tak padan dgn harganya..haha..

Dah puas belek2 buku, perot pun mula menyanyi. Kami ke sakae sushi. Almaklumlah tekak ni kepingin benar nak makan sushi ni. Kalau di Jepon dulu makan setiap ari pon tak jadi masalah selagi tekak trasa nak mkn. Alhamdulillah, tercapai jua hajat dapat mkn sushi w/pun pilihan sushi mentah tak banyak sgt.

Sdg berbual2 trdengar bunyi suara katak berbunyi. Bunyi hp ku yg cantek tu la.. Rupanya ada 5 missed call. Dek kelaparan tak sedar tang bila katak menyanyi. 4 panggilan dr public tel sek. dan 1 dr c.Asmui. Dalam hati terdetik hairan nape plak ada 4 missed call dr sekolah ni. Lantas aku pon call c. Asmui bertanyakan apa sbnrnya tlh berlaku. Maklumlah sebagai warden sek yg br dilantik rasa cuak jugakan. Rupanya c. Asmui nak minta aku tlg hntrkan budak sakit mata ke hospital tapi memandangkan aku dah berada nun jauh di kl x dapat lah nak hntr. Aku kira selesai sudah bab tel ni.

Sedang berjalan2, jam pon dah 3.15 ptg..tiba2 tel berbunyi lg. Rasa pelik jug bila tgk no dr public sek. No yg sama missed call t/ari td dan tengah mlm kelmarin. So aku pon jawab la kan.
 Aku:  Hello...hello...hello.. (senyap jek, x dgr pon suara org bckp ) tel rosak ke hape nih..(nk mrh jg rsnya tp sabar lagi
Kali ke 2 bunyi lagi, aku pon jwb..
Aku: Hello..hello..
Tetiba je aku dgr suara lelaki dr sebelah sana jawab "saya suka awak..i love u.."
Aku apa lgkan, terus offkan talian sambil mengomel2. Apa nak jadi dgn budak2 ni..dia org ingt aku tak tau ni no dr asrama. 
Kwn2 yg dgr terus kata, mungkin bukan kot...takkan berani dia org nak buat mcm tu.
Aku pon sabar sambil memikirkan apa tindakan yg harus di buat.
Balik dr KL, aku jmpa bdk2 yg masih prep. Bg dia org duit minta tlg tel aku guna semua public yg ada di sek ni termasuk kaw asrama.
Akhrnya aku dapat detect no tu dr asrama putera..

Mlmnya aku minta pendapat kawan tindakan yg harus aku buat. Esoknya ms meeting warden aku pon bg tau kes ni. Terkejut dan tergelak dia org. Ms minum mlm slps meeting kena ulang crita lg. 
Sudahnya pentadbir plak tau. Senyum jek dia. katanya..budak2 kecik pon minat ko..hehe..patutnya ko layan je dia. Bersoal jawab dgn dia.nnti mesti tahu sape orgnya..
Aku terkebil2 dgr penjelasannya dan terus jawab, x terpikir nak buat sbb sy tak suka nak layan2 mcm tu. hmm..biasalah, sy ni diminati oleh org atasan sampai la budak kenit..hehehe.. Senyum je sume org.
Ketua warden plak terus tanya warden lain..korang ada ke dpt panggilan misteri mcm tu? 
Jawab dia org..tak adalah...tak pernah pon kena camni..
Kt cikgu Asmui plak..eh, bagus tu dia kata saya suka awak, i love u..sayang ni ada mcm2 maksud, nasib baik bukan dia cakap saya benci awak, i hate u..
Hmm..aku plak termangu2 bila dgr penjelasan cikgu Asmui tu.. 

Semalam dan hari ni masih lg dpt panggilan antara jam 5.50 dan 6.50ptg. 
Aku hanya angkat hr ni..tapi aku senyap jek..
Harap2 aku dapat tau identiti pemanggil mistri nih dari penyiasat upahanku tak lama lagi..

Apa pendapat korang plak? Ada apa2 cadangan?


Tuesday, August 31, 2010

~Iftar & Merdeka

30 Ogos 2010
Iftar SBPIk tlh diadakn d Dema.
Ada acara potong kek smpena ulang taun penubuhan SBPIK @ INTEK yg ke 7 & Sambutan d Ambang Merdeka.
YDP PIBG turut sm memeriahkan suasana.


Dema masak special ari ni. Selain tu ada menu istimewa patin masak tempoyak.
Ikannya di bw khas dr Temerloh. Rezki mewah btol. Tq Allah.
Apa lg x lepaskan pluang mkn dgn sepuas2nyalah kan.

Abis mkn, bramai2 ke surau utk solat maghrib, hajat & trawikh & bacaan Yasin.
Seterusnya ke dewan utk tayangan Bukit Kepong, ucapan & countdown merdeka.

Anak2 selepas merdeka boleh tergelak2 & bertepuk tgn ms mnonton Bukit Kepong.
Alahai anak2 SBP... apa la prasaan korang ms tgk tu...sngguhku x paham.
Yg penting sgt bsyukur kerna lahir slps merdeka & x mlalui saat susah payah getir sblmnya.

Tibalah ms utk countdown merdeka.
Diketuai oleh Pengetua dan barisan pentadbir.
Yg mengantok pon jadi segar bugar dibuatnya.
Memang meriah walaupun hanya sekadar d dlm dewan.
Slps tu bramai2 menyanyikan lagu patriotik. 6 buah lagu tuu.. tengah2 mlm lagi.
Seronok dan puas! itulah yg dapat digmbrkan!

Tuesday, July 28, 2009

Durian Party!



Durian oh durian...
Betul2 membuatkan ku teruja
Tahun ni dpt mkn yg fresh
Yg masih gugur dr pokok lg
Waa..best2

Pengalaman kutip buah di Semuji takkan dilupakan
5 taun pendam rasa na mkn yg freshnye
Akhirnya ada juga rezeki
Alhamdulillah, mekasih pd Shikin & jg sekolah
Kiranya tahun ni durian yg di mkn semuanya made in pahang la

Pd 20 julai 09 lepas, sek tlh menganjurkan pesta durian.
Durian akn dibahagikan ikut kelas masing2.
Acara tetap tahunan sek.
Best juga melihat kemeriahannya.
Mana2 student yg tak suka durian tu, awal2 lg dah ada yg booking.



Dan setiap pelajar akn dapat sebiji seorang bersama rambutan.
Sama ada nak dkendurikan pd masa tu @ dibawa pulang ke asrama. terpulang pd pilihan masing2.

Pengetua merasmikan pesta durian

Rebut..jgn x rebut..

Asyiknya menikmati..

sebilangan staff & guru2

Gambareee....
Yattaa...haa..yg ni tgh pikir cr nak bk doriyan..

Wednesday, July 15, 2009

Jerangkang Camping Trip



Wahh..hisashiburi betul xtvt camping ni.
Boleh dikatakan best & menyeronokkan.
Perkhemahan Unit Beruniform SBPIK kali ni di pelopori oleh geng Rumba Russi yg muda2 belaka.
Sape lagi ajk Dema yg popular tu kalau bukan diketuai oleh Akka Aiza Munne, Ana Tangga & Ika Tanggachi, Faezah Tanggachi serta aku sendiri.

Pada yg menghulurkan tenaga sedikit sebanyak tu diucapkan ribuan terima kasih jg ye.
Kami bertungkus lumus msk dr 10-12/7. Tak sangka akka & tanggachi sumenya hebat di dapur. Dah ada permintaan supaya camping dibuat lagi.

Banyak juga info & pengalaman yang dicurahkan oleh pegawai perhutanan tersebut.
Yg lucunya xtvt mlm ada yg menangis ketakutan...mcm2kan.

Di sini jg buat pertama kalinya kami diperkenalkan dgn pokok lemba. Secara x sengaja dlm perjalanan pulang, pengetua ternmpk pokok tersebut. Ada jg rezeki nak merasa buah lemba.

Pokok lemba ni banyak terdapat di hutan @ semak kecil. Pohonnya tidak berapa besar. Berdaun lebar & berwarna hijau. Buahnya boleh didapati di celah2 daun & boleh dimakan.
Buahnya kecil berbentuk seperti air mata, berwarna susu & berbiji halus warna hitam, pabila dimakan pun rasa mcm susu.

Rasanya yg manis akan melekat lama di dalam mulut. Makanlah apa saja selepas mkn buah lemba pasti yg tak sedap pun akn jadi sedap belaka.
Jika minum air kosong slps memakannya, terasa seperti minum air gula.

Begitulah kehebatan buah yg dijadikan oleh Allah s.w.t Banyak rahsia disebalik setiap kejadiannya.

Pada yg nak tahu lebih lanjut ttg Jerangkang sila klik ni--> Hutan Lipur Jerangkang

Wednesday, June 3, 2009

Mini Zoo

Pemandangan biasa waktu ptg di apartmen. x yah susah2 nak g zoo.Di satu ptg yg indah Mei 09, selesai menjemur bj. Ati tegerak nak bg depa ni mkn sambil tgn standby camera.. Tak de kheje crla khejekan..hehe..

Kajian ini dilakukan 2 x ...didapati hanya monyet yg same je asyik dtg bertandang.

Maka aku pon letakkan sebiji pisang di tembok dapor. Nak tgk hero mane yg berani tampil merebutnya di tingkat 3 ni...
Datanglah hero yg plg berani antara sume yg bergayutan itew...

Lihatla aksi sensasi hero ni..

mengambil pisang dgn pose plg bergaya...owh..

tekun tanpa menoleh kiri kanan

smbil mkn smbl pk nak cmpk kulit tu pd sesape kot..hehe


serius lepas mkn..sbnrnye aku pon takut gak masa amik gmbr ni.

da ditgknye aku..aku pon tgk la balik..almaklumlah sedang buat kajian..kekeke..
agaknye tekejut sbb housemateku msk dapo, terus berubah aksi ganas..aku pon cepat2 lari ttp pintu...fuhh...takut beb!

selesai sudah kajianku itu. ada + dan -

hasilnye:
1) pk perut sendiri yg lapar
2) x yah pk yg lain tu pon lapar...(agama ajr kita supaya pikirkn org lain jg..)
2) berusaha jika nak sesuatu
3) cepat rebut peluang
4) serius supaya x diapa2kan...patutla monyet tu x senyum pon..
5) betindak ganas jika terasa diancam
6) da dibg sesuatu x yah ucap tima kasih...lari je...

gitulah fasa kehidupan monyet di apartmentku..kehidupan kita pula camne ye...?