Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, October 11, 2010

~ Resepi Onigiri @ Rice Ball @ Nasi Kepal

Ohayou minna..

Jumaat lepas mengajar pel. ting 2 cara-cara membuat onigiri.
Asyik mengadap buku je, sesekali tukar pada aktiviti lain pulakan.

Okey..berbalik pd onigiri.
Sape tau apa tu onigiri...?

Onigiri atau rice ball atau pon di panggil nasi kepal.
Di Jepun, onigiri juga dikenali sebagai omusubi, nigirimeshi dan nigiri sushi. 
Onigiri bermaksud "memegang sesuatu benda dengan tangan"

Sedap dan mudah dibuat.
Boleh dijadikan sebagai bekal ke sek, piknik etc...

Hari tu aku cuma mengajar buat onigiri dgn bahan2 yg mudah shj.
tekunnya meng "onigiri".......

 ceria je kalo bab makan...hehe

 sensei....next time nk lg....




Biarpun bahannya nmpk biasa2, semua tekejut bila dgr harga beras jepun utk sekilo RM9.90

Jom scroll ke bawah tgk bahan-bahanya.




Bahan2 (utk 2 org)

1/2kg beras jepun (ada di jusco/giant/carrefour)
1tin tuna mayo (inti ikut kreativiti boleh ditambah/diganti dgn apa2 saja cth telur ikan + udang + isi  ketam+ mayo + bijan) 
garam
nori (seawed)
plastic wrap
cuka jepun (jika rs perlu letak sikit ms gembur nasi/ kalau tak ada pun tak apa) 

Cara2nya
1. Masak beras jepun seperti beras biasa.
2. Gemburkan nasi bila dah masak.
3. Ambil plastic wrap (agak2 ukurannya)
4. Buka dan letak ats tapak tgn, taburkan sedikit garam. (ikut traditional jepun guna tgn je, tp tak nak melekit guna plastik lg mudah)
5. Masukkan nasi & leperkan
6. Letakkan inti tuna mayo.
7. Ambi sedikit nasi tutupkan ats inti td.
8. Bentukkan onigiri (ikut suka). Biasanya berbentuk segitiga.
    Untuk membuat bentuk segitiga, letakkn tgn yg sebelah lagi dalam bentuk "A" ke ats tgn yg memegang
plastik nasi dan bentukkan.
9. Setelah siap, akhir sekali letakkan nori. (jika tak nak mkn segera jgn letak nori dulu. nnti norinya jd lembap)

haa..senangkan.....
Bila dah pandai variasikan pelbagai intinya ikut kreativiti. ^_^

Di bawah ni adalah bentuk onigiri yg telah dibuat. kreatifkan..
Tercapailah objektif p&p hari ni..yeay..!

student gembira sensei happy, kenyang perot suka ati...





Cubalah buat ye...oishii yo! (sedap tau)

Jya ne, minna.