Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Monday, May 30, 2011

~Tarian Soran Bushi (ソ-ラン節) 

Penari2 Soran Bushi  *Klik gmbr utk besarkn
Alhamdulillah, tertulis juga entri yg tertangguh ni.
Khas untuk pelajar2 tingkatan 1 SBPI Kuantan.
Terima kasih daun keladi,
Sudi2kanlah buat persembahan lagi ye. =)

Soran Bushi ~
Sejenis tarian tradisional nelayan di jepun.
Muziknya yg rancak dan segar serta gaya tariannya yang nampak bersemangat dan menarik.
Memukau hati mereka yang melihatnya.
Boleh klik di sini untuk menonton.



Yg sebenarnya tarian ini adalah persembahan pelajar2 Jepun tingkatan 1/2011.
Yg menawarkan diri sendiri utk membuat persembahan tanpa paksaan.
Susah sebenarnya nak cari pelajar yg bersungguh begini. Sangat jarang dijumpai.
Bersinar & bulat mataku semasa mereka menyatakan kesudian untuk menari.
Latihan hanya 1 jam setiap hr selama seminggu.
Tak punya masa yg lebih krn jadual sek berasrama penuh yg sentiasa padat.

Ttp sehari sebelum persembahan berlangsung, ada sorang pelajar yg kurang sihat.
Maka sorang sukarelawan yg selama ni setia melihat latihan menawarkan diri untuk masuk.
Awalnya keberatan juga tapi bila nmpk sgt kesungguhannya, tak sampai hati pula nak tolak.
Terima kasih pd Tomi, pelajar mandarin yg bersemangat tinggi.

Cerita2 sebalik tarian.....ermm...banyakkkkk....yg gumbira mahupun sedey...
Tapi yg paling kelakar sekali cerita ttn Nafiz la kot..penglipur lara & penghibur hati semua orang. =)

Syabas sekali lagi, moga kalian sentiasa tidak malu untuk kehadapan dalam perkara2 yang bermanfaat. 
Ingat ye, biar popular di sekolah kerana aktiviti yang berfaedah dari popular krn aktiviti yang kurang sihat. 

Tuesday, May 17, 2011

~ SELAMAT HARI GURU.. TERIMA KASIH CIKGU!


sticky note di dinding dewan
Buat semua guru-guru di M'sia....~Sensei no hi omedetou gozaimasu~
Ucapan ni ditujukan juga pd kak zia dan hana hide - blogger guru yg rajin menyinggah ke blog yg dah bersawang ni =)

Ni tahun ke 3 meraikannya di SBPIK@INTEK Kuantan.
Walaupun sibuk dgn periksa sambutannya boleh dikatakan meriah juga.
Seawal pg guru lelaki sibuk dgn aerobik manakala guru perempuan beserta pelajar di dewan sibuk berZUMBA~sejenis tarian gelek muzik rancak..
Sesuai utk mereka yg nak kurus.

suasana dewan yg dihiasi oleh batch wisdom

Acara seterusnya di dewan perdana.
Mendengar perutusan dan menonton persembahan pelajar dan guru serta cabutan bertuah.
Banyak juga persembahan menarik kali ni.
Bakat2 terpendam yg hanya dipertontonkan setahun sekali.

form 5..identiti syyyhhh..rahsiaa!
nasyid form3
dikir barat form 4
nyanyian form 2
tarian jepun form 1

Bacaan ikrar dan nyanyian guru Msia dr para guru serta acara potong kek.
Ada 3 biji kek, rezeki makan 2 suap je. =)
salah satu kek dr para pelajar
Menjelang tgh hr makan2 di Sara Thai. Salah sebuah restoran terkenal di Kuantan.
Makan2 d sini teringat pula pd Hana Hide, Zahirah, Zura, Wani, Ain, Laip dan Poji serta En Rafi.
Skrg masing2 da berada di bumbung berlainan.
.
Terima kasih pada semua pelajar SBPIK@ INTEK ats segalanya.
Terima kasih juga pada kelab staff yg menaja hadiah, makan dan permainan bowling.
Dan terima kasih juga pd pelajar yg memberi hadiah serta ucapan sama ada di alam maya mahupun d dunia realiti.
Garang2 mcm ni pun ada juga yg sudi bagi hadiah ye.. =) tak sangka..


ikrar guru