Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Thursday, November 24, 2011

Strawberry oo Strawberry

buah strawberry dlm pasu, nak beli pikir2 dulu..
Teruja sgt dgn gmbr yg diambil sendiri ni..hehe
Kagum dgn ciptaan Allah, jika diperhatikan betul-betul, dalam 1 pasu, buah yg br berputik hijau, berkembang ke arah hijau muda dan oren seterusnya masak ranum merah menyala.
Subhanallah..cantiknyee!!

Nyumm..nyumm..sedapnye jika makan cicah cekelat atau pun susu pekat.
Tringat masa belajar di jepun dulu, tahun pertama di neg org, sempai bw p ladang strawberry.
Nun terletak jauh di Chiba, naik ketapi turun ketapi, naik bas, jalan kaki dan akhirnya smpai jua.
Kali pertama nak memetik strawberry di negara org semangat berkobar2 bukan main lg.

Masuk kena bayar dlm seribu yen. Lebih kurang RM40(ikut nilai wang semasa).
Makan, bergambar dan petiklah buah sepuas2nya dlm setengah jam.
Jika nak bawa pulang, harga dikira lain.
Sedap dan manis!

Eh..eh..mcm la di negara sendiri tak ada strawberrykan..hehe..

Strawberry...dlm bahasa jepun disebut ichigo. (イチゴ)

Balik ke Msia dah tak teruja sgt nak mkn strawberry ni.
Jika beli di pasar raya pastil rasanya masam. Tak pernah pun dapat yg manis.
Kata org nak yg manis gi ke Cameron Highland atau strawberry farm yg baru buka di area nak naik ke genting.
2 tempat ni dahku pergi, rasanya ttp masam juga.

Awal cuti sek kelmarin aku ke cameron dgn teman.
Dari ipoh ke cameron hanya sejam sahaja. 10 tahun dah tak pernah jejak kaki ke cameron.
Makin panas skrg. Memang ramai org jual strawberry. Macam2 harga.
Bila tanya semua kata manis.
Ladang strawberry yg baru dibuka pun ada.
Strawberry di cameron ni memang sepanjang tahunke? Ada sape2 yg blh tlg jawab...?

Walaupun selera terhadap buah strawberry Msia kurang tetapi minatku pada aiskrim dibawah ni tetap tak berubah. Terbaekkkk dr Msia!


aiskrim strawberry

Saturday, October 15, 2011

~ Hamster kesayanganku...

      Comey tak...? Ni la hamster roborovski kesayangan yg di beri nama Izumi dan Ichigo. Kedua2nya menjadi milikku pd tanggal 6 Mei 2011. Terima kasih pd yg sudi menghadiahkan si kecil ni.


  Izumi ni punya karekter yg garang. Selalu je gaduh dgn Ichigo. Apa yang Ichigo makan semua nak rampas. Jika berjalan dalam terowong rumahnya, dipijaknya kepala ichigo. Jika Ichigo sdg main roda, dia turut sama nak main. Ditendangnya Ichigo dari roda. Kadang2 kesian tgk Ichigo kena buli. Yg bestnya Ichigo tak pernah balas, terima dan tgk je.. Heran juga kenapa Ichigo tak pernah balas perbuatan Izumi. Mungkin takut, tak pun sbb sayangkan Izumi, maka dia tak pernah balas.



 Tuhan lebih sayangkan Ichigo, tak mahu tgk dia kesakitan dibuli, akhirnya Ichigo pergi juga setelah 19 hari hidup bersama. Pada tanggal 24/5/2011, Ichigo mati digigit oleh Izumi.
Sedih.....! Pastilahkan, sian tgk mulutnya berdarah, bersabung nyawa meneruskan hidup, bernafas perlahan2, turun naik dadanya. Akhirnya...Ichigo pergi juga.

Sayang sangat pada Ichigo, akan ku kenang Ichigo selagi hayat dikandung badan.