Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Sunday, March 20, 2011

~tsunami /jishin jepun ''Antara kenangan & iktibar"

hidup perlu diteruskan..

Genap seminggu sudah malapetaka besar dunia ini berlaku.
Pada mereka yg memang pernah tinggal di jepun memang akan terasa sangat2.
Walaupun jauh beribu batu separuh hati seperti masih tertinggal di sana.
5 tahun menghirup udara jepun pastilah secara tak langsung dpt mengenali orgnya, pemikiran, budaya dan cara hidup mereka.



Imbas kembali masa tsunami yg melanda acheh & malaysia, aku pula tahun pertama berada di jepun. Hanya dpt mengikuti perkembangan melalui internet dan juga tv jepun.
Tv di jepun membuat kajian/simulasi dan menceritakan kembali bagaimana peristiwa tsunami itu terjadi.
Begitulah semangat mereka mengkaji dan menyalurkan ilmu pd bangsanya.

2 tahun terakhir di sana, ada juga ura2 mengatakan jepun akan dilanda gempa yg teruk.
Ditambah pula dengan ura2 mengatakan gunung fuji akan meletup.
Tv jepun jg ada menunjukkan simulasi ttgnya. Memang menakutkan.

Bohonglah, kalau tak ada rasa takut dihati. Sentiasa berdoa jgnlah berlaku sbb tak mampu nak hadapikan. Lagi2lah terasa bila kawan2 yg pulang terlebih dahulu suka mengusik.

Kali ini, setelah 2 thn berada di Malaysia, dunia dikejutkan dgn berita yg menyayat hati.
Bencananya amat teruk. Hati terusik tatkala membaca status kawan2 yg masih berada di Jepun semasa bencana ini terjadi. Mereka sentiasa memperbaharui status dan memohon agar kawan2 tolong berdoa pada Esa. Ini kerana masih ada lagi gegaran2 kecil yg melanda.

Sungguhpun begitu masih ada rakyat Malaysia membuat lawak dan mengeluarkan kenyataan yg menunjukkan kebodohan diri sendiri.
Tersanga2lah hairan dgn manusia yg berfikiran cetek begini.

Stesyen tv jepun menunjukkan cerita2 tsunami, ada antaranya anjing pun sanggup menjaga seekor anjing yg masih lemah....bagaimana pula dgn manusia yg mempunyai akal fikiran dan budi??!!!

Tgk berita d NHK, Astro, rakyat jepun sgt tabah & sabar lbh drpd org islam, kedai & gedung tiada kecuriaan. hatta YAKUZA pon tlg mengangkat air sebagai satu kebajikan...apa yg terjadi ni mereka mampu menghadapinya wpun sedih. Bg mereka biarlah harta benda musnah & hilang tp msh bersyukur krn ada kehidupan.
Begitulah semangat mereka tersgt kuat, pasti jepun yg hampir lumpuh akn dpt dipulihkan.
Sememangnya bencana yg diturunkan oleh yg Maha Esa ini ada hikmahnya yg tersendiri.

Beberapa universiti di sana telah membatalkan majlis graduasi gara2 bencana ini.
Tidak terkecuali bekas universitiku juga "Bunkyo University".
Kesian juga pada kawan2 yg tak dapat merasa suasana graduasi sana.
Walaupun majlis graduasi di jepun adalah sgt mmboringkan(bg sesetengah org), bila dibatalkan sedikit sebanyak terasa hampa juga bg pelajar2 yg tlh tamat pengajiannya.

Pengalamanku sebelum ini paling tinggi pun 5 skala ritcher di Saitama sudah cukup buat hati goyah dan ingat mati.
Lagilah pula jishin@gempa sekuat itu.

Marilah kita berdoa untuk seluruh penduduk jepun dan warga negara pelbagai bangsa di sana semoga sentiasa tabah dan selamat.
Kerana doa itu senjata mukmin.
Bukannya menulis dan membuat lawak sesuka hati tanpa menjaga hati dan perasaan org lain disbbkan mereka bukan org Islam.

p/s ~Teringat kembali semasa tsunami Acheh, tempiasnya terkena Malaysia, tak ada pula org Malaysia yg nak buat lawak jenaka.
Fikir-fikirkanlah........
slps kejadian
sedih melihat rumah sendiri ranap
mencari saki brg yg ada
http://www.boston.com/bigpicture/2011/03/japan

5 comments:

zatyfeena said...

huu, takotnye kalau kene Malaysia.
:(

sarah-najwan said...

semoga semua mangsa di jepun tabah menghadapinya..

alangkan menengok video tsunami pun akak rasa sgt takut..inikan pula mereka yg mengalaminya sendiri..

semua yg berlaku ada hikmahnya..

Faezah Faiz said...

yela kak jia... i stuju dgn u.. Jepun akan bangkit smula... org yg berckp xserupe bikin tu mmg GILA... cakap xpakai otak.. i tau, u pun sedih bile Jepun jadik gini... sabarla.. mesti ade hikmahnye kan..

Ticer Syah said...

mmg menakutkan..cuaca skang ni pon tak menentu..kita ni umat akhir zaman kan.. uhhuhu.. takut2..

cik anna said...

hukhuk..sebak plak...doa kan kite semua berada di kalangan org yang beriman..aminnn