Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Thursday, August 18, 2011

~Antara Bahana HP atau cinta Lelaki?


HP menjadi isu terhangat pd minggu lps. Berikutan ada yg membuat aduan ttg HP.
Sportchek telah dijalankan. Lanjutan drpd itu terciptalah babak2 drama yg menarik. ttg HP.

Selepas diadakan soal siasat pelajar dan menghubungi penjaga bolehlah dirumuskan:

a) ada penjaga tak tau anaknya punya HP
b) ada pelajar membeli HP sendiri secara senyap2
c) ada yg boypren hadiahkan
c) bawa HP dgn alasan diberi pd guru utk disimpan
d) alasan utk mudahkan pergerakan semasa balik ke kg

Aku percaya ramai je pelajar yg tak setuju dgn LARANGAN MEMBAWA HP KE SEKOLAH NI.
Lebih-lebih lg pelajar SBP.
Dan mungkin juga ada ibubapa yg turut sama tak bersetuju.
Mungkin ada yg berkata kenapalah fikiran kolot sgt atau tak ikut perkembangan zaman.
Tapi bila ia dah jd barang LARANGAN, ikut sajalah, tak payah dibantah.
Ada sebabnya Kementerian Pelajaran Malaysia membuat ketetapan begitu.

Seperti kes yg aku jumpa ~

a) Salah seorg pelajar yg HPnye kena rampas pd tahun lepas, merayu dan menangis serta memegang2 kakiku (betul2 mcm drama ibu tiri) serta berjanji tidak akn mengulang kesalahan lg.
HP yg dibawa rupanya kepunyaan penjaganya sendiri. Dibawa secara curi ke sekolah.
Penjaganya ingtkn HP tersebut dah hilang. Setelah diteliti mesej dlm HP, kebanyakannya bermesej dgn lelaki. Setelah kes tersebut, pelajar ni telah banyak berubah, dr seorg yg liar kpd seorg yg baik. Diakui oleh ibunya juga.

Nak dijadikan cerita semasa sportchek pd minggu lepas, pelajar yg sama terKANTOI. HP yg dibawa kali ni jenama csli68,  comel je mcm kalkulator kecik. Memang tak siapa akan terperasan pon. Setelah diteliti mesej yg ada, tetap bermesej dgn lelaki.
Dimaklumkn pd penjaga, terkejut sgt ibunya, krn tak sangka anknya ini sanggup membeli  HP tersebut secara sembunyi. Krn ibunya sedia maklum yg anknya dah tak punya HP. Dan slps peristiwa yg lepas, ibunya mmg tak bg HP dah.


b) Kes yg ni pun menarik jg.
Kali ni tergerak hati nak check HP yg ada dlm simpanan guru. Kononnya bg guru simpan.
Bila check HP, ada yg membuat panggilan tgh mlm dan bermesej hingga ke subuh. Malah ada yg buat call lepas periksa jg semasa waktu persekolahan.

Sepatutnya slps sampai ke asrama pd jam 6 ptg, jika benar dan jujur pd penjaga yg bekalkan telefon sbb bg alasan guru yg simpan, tak akan ada panggilan slps jam 6 ptg pd hr Ahad.
Yang menarik ada seorg pemilik HP ni dah padam semua mesej yg dibuat. Siap buat pengakuan pd guru kelas dah ttp HP selepas jam 6 ptg.
Waktu ptg semasa dipanggil utk soal siasat sekali lg, tercungap2 bercerita. Slps dibacakan kegiatannya, br mengaku menggunakan telefon Jangan ingat guru tak tahu nak tgk semula data2 tersebut.. Yang tak tahan tu nama org yg dimesej "KEKASIH GELAP" ~siap mengaku sbnrnya kawan kakak sendiri yg seuniversiti "ktanya sy tak suka layan sbb lelaki tu suka mesej yg lucah2. Aikk..kalau dah mesej yg lucah2 buat apa dilayan tgh mlm. Siap sempat buat call lg.
ALAHAII...tak rasa pun kawan kakaknya...entah2 budak sek yg sama jg. Sbb apa aku kata gitu, bila dihubungi asyik off memanjang.

Dan yg paling menarik siap boleh bg kawan pinjam. Katanya utk dgr radio sambil study. Bila da rasa bosan, si peminjam ni main mesej. Bermesej dgn lelaki yg tersenarai dlm phonebook. hingga jam 5 pg. Siap boleh tidur jap dan sambung semula. Bila di soal, kenal tak lelaki tersebut, "sbnrnya tak kenal pun, sy saja mesej utk elakkan mengantuk masa study". Sudahnya diri sendiri yg asyik tertidur dalam kelas. Siap bayar duit rm3 sbb guna. Yg ni merayu2 dan menangis minta jgn diberitahu pada ibubapa, tak sanggup calarkan hati ibu katanya.

Mana ada guru yg nak berkrompomi dgn pelajar. Tetap kena maklumkan pada penjaga. Kedua2 penjaga pelajar tersebut amat berterima kasih dgn maklumat yg diberi.

c) Kes yg ketiga ni tak tahulah nak dikategorikan mcm mana.
Pelajar tersebut jika tgk muka, pijak semut pun tak mati kot. Pendiam dan tak banyak karenah di sekolah. Tak tahulah kalau di rumah ligatkan. Nak tahu kenapa aku kata begitu. Teruskan pembacaan ye...

Dah RAMAI yg buat aduan kata pelajar ni bw HP dan bergayut dlm selimut waktu mlm. Masa di panggil di perhimpunan oleh guru disiplin, dgn berani matinya dia mengaku HP diberi pd guru kelas  utk disimpan.
Bila berjmpa guru kelasnya, ktnya tak pasti ada atau tak.. Bg memudahkan urusan, pelajar ni dipanggil utk menunjuk HP sendiri. Dtglah dia bersama kawannya, kebetulan pelajar berdua ni berada dlm 1 bekas. Kedua2nya HP disiasat. Didapati bermesej hingga pg dan call di tengah malam. Siap ada sayang2 lg. Dah bukti di depan matakan..so HP ni diambil terus olh guru disiplin utk dijadikan brg kes. Biar aku labelkan suspek sebagai A dan kawannya sebagai B.
Esknya aku terserempak dgn si A ni ditangga, katanya si B tak puas hati sbb turut sama disabit dgn kesalahan tersebut. Si B mahukan telefonnya semula. Aku menjawab, saya hanya warden, urusan HP ni sila tanya pd guru disiplin. Si B ni ada jg beritahu yg rumahnya di pedalaman dan sgt memerlukan HP tersebut utk menghubungi ibunya utk urusan jemput d bus stop. Memandangkan tmptnya telefon awam selalu rosak. Aku hanya bg cadangan, suruh penjaga dtg, insyaallah pasti ada penyelesaiannya.

Nak dijadikan cerita lagi, hari Isnin baru ni,si B yg tak puas hati membuat pengakuan sebenar. Katanya dia tak nak bersubahat dah. YG SEBENARNYA....salah satu HP yg dirampas tu BUKAN hak milik si A. Si A ni pd asalnya minta pd si B agar membenarkan dia mengaku HP si B adalah kepunyaannya. Tapi si B tak setuju, sbb HPnya dihadiahkan olh pakciknya. Maka si A, secara spontan semasa dipanggil mengaku HP milik org lain sebagai miliknya bg melindungi HPnye dr dirampas.

Setelah mendengar cerita ni, maka aku dan guru kelasnya pun memanggil pihak yg terlibat. Si A ni memang buat muka mcm tak bersalah je. Ala2 buat mcm tak tahu apa, setelah di herdik br mengaku. Disoal siasat latar belakang keluarga si A. dan minta no tel penjaga utk dihubungi. Saja nak tgk bila di sebut ibubapakan..

Rupanya si A ni nak ganti HP pihak ketiga ni. Nak kumpul duit secara beransur2. Pihak yg ketiga ni sgt bengang krn br je dpt tahu ttg hal ni semasa dipanggil.  Ditambah dgn tak pasal2 HPnye kena rampas. HPnye diberi oleh ibunya utk memudahkan perhubungan. Maklumlah rumah jauh di Kelantan.
Aku terus jawab, nak buat mcm manakan, HP tu dirampas pun sbb didapati bermesej tgh mlm dan membuat panggilan dan pada masa yg sama si A pun mengaku sebagai HPnya.
Manakala pd si B, aku terus bg tazkirah, "patutlah HP awak turut sama terheret ke disiplin. Awak sendiri yg buat ianya jd begitu, dah tahu cerita sebenar sanggup nak jadi KAMBING HITAM. Sekarang awak tgkla HP si A telah pun selamat berada di rumah sepupunya yg dihantar pd hari Jumaat yg lepas. Awak juga melopong..."
Pandaikan si A ni. Tapi SEPANDAI2nya..........

Bila dah lapang, tanpa pengetahuan si A, aku cuba utk menghubungi ibunya.. Tekan2 tak dapat. Aku pun jadi peliklah. Terus buka data SMM. Ahaaa...rupa2nya bg no tel PALSU. Memang menyirap darahkan. 
Lepas dpt cakap dgn ibunya, aku pun cerita segalanya. Tak lupa tanyakan juga no tel yg di beri oleh si A. Ibunya memang tak tahu ttg no tersebut.
Ibunya kt memang dia syak anknya ada HP. Sbb pernah sekali dia buka pintu bilik anknya guna master key, tgk anknya pegang HP. Bila disiasat katanya kawn bg pinjam.
Kt ibunya lg, bila ank dia balik ke rmh, dia akn sportcheck seluruh tubuh, dlm beg, baju, kasut etc. Memang tak pernah jumpa HP pun. Manakala HP ibu dan ayhnya akan diisorok supaya anak ini tak akan curi2 guna.. Memang tak dibenarkan HP dlm rumah.
Aku pun bg tahulah yg anknya mengatakan HPnye dihadiahkan oleh pakciknya. Ibunya terus menafikan. So aku pun maklumkan pd ibunya yg HP tersebut ada di rumah sepupunya. Ibunya berjanji akan menghubungi sepupu tersebut. Ibunya jg berharap agar tgkkan anknya dan berilah hukuman apa pun, nak pukul atau apa saja tindakan yg akan dikenakan supaya anknya sedar ats kesalahan yg dilakukan.

Tamat berbual dgn ibunya, aku terus ke asrama, terkejut jg budak dorm. Tunggu di depan locker si A ni. Kebetulan dia mandi. Masa dia msk ke bilik dan nampak aku, mukanya terkejut juga tapi dia control. Aku pun terus tanya no tel ibunya semula, 3 kali aku tanya, dia tetap jawab "memang no tel ibu saya dgn suara sikit tinggi"..aku terus tinggikan suara..."oh..nombor telefon ibu ye, turun bawah skrg, tel ibu awak, sy nak dgr. Lepas aku cakap begitu, matanya dah nampak berair, aku tanya sekali lg, tu no telefon sape...? Br dia jawab, no tel sendiri, aku terus LEMPANG mukanya kiri kanan.
Aku tanya lg, kenapa bg no tel salah....? Sbb saya takot, jwbnya. Tahu pun takot, awak ingat sy tak boleh nak cr no phone ibu awak ke? Semua data awak sy boleh cr tau. Tak sudah2 MENIPU. Tak SERIK2. Baik awak cakap, tel awak sape yg bg....? Jawabnya...pakwe saya. Bila cuti balik bermalam sy tinggalkan di asrama sbb takot nak baw balik.
Ada la yg aku bebel2 lagi..budak2 yg sedang tidur terus terjaga rasanya. Senyap sunyi je dorm tersebut.

Aku keluar dari dorm tersebut dan hubungi ibunya semula. Ayhnya pula nak bercakap. Aku maklumkan semua maklumat serta mohon maaf ats PELEMPANG yg aku dah bg.
Ayahnya berterima kasih dan tak marah. Katanya, pukullah cikgu, kalau cikgu perasan sebenarnya badan dia birat2 tu sbb saya bantai. Kata ayhnya juga, HP adalah benda yg diharamkan dirumah ni. Ayahnya juga berharap pihak disiplin dapat mengambil tindakan terhadap anaknya dan berterima kasih kerana memaklumkan hal ini. Dpt rasakan yg ibu dan ayahnya kecewa kerana ditipu oleh ank. ~

Sejak kes HP ni, pengetua pun melarang keras pelajar membawa dan guru2 menyimpan HP pelajar.
Tapi aku percaya akan ada pelajar yg bawa dgn menyorokkannya di tempat2 tertentu spt di siling, bilik yg jarang dimasuki, d bdn, beg, meja dlm kelas dicelah2 katil, ditanam atau pun suruh org2 tertentu simpan.

~Itu adalah beberapa kisah ttg HP. Ada banyak lg sbnrnya. Jika cerita mmg tak habis. Ada sekolah yg lagi HEBAT ceritanyakan.  Kisah di atas adalah lebih kpd pelajar perempuan. Pelajar lelaki HP selalunya ditangkap sedang bermesej atau dlm HP ada game @ gmbr yg tak senonoh.

Kesimpulannya...HP sebagai utk mudah balik kg, hubungi ibubapa hanyalah PROPA semata2. Kebanyakan HP semuanya lebih utk berMESEJ dgn kaum yg berlawanan.
Hanya ada beberapa kerat je pelajar yg memang JUJUR, menutup HP selepas masuk ke pagar sekolah TP bilangannya AMAT SEDIKIT.

Kepada yg bergelar pelajar asrama, jika masa cuti dpt pegang HP gunalah sebaik2nya. Masa di sekolah, guna je PUBLIC.
Tamat ting 5, nak beli HP berpuluh2 pun tak ada siapa kisah. Masa tu belilah dr sebesar dan selebar2nya2 hingga yg paling kecil, nak bergayut sampai pekak pun tak ada siapa peduli.
Terpulanglah dgn cara masing2.

Okey~jgn marah ye lelaki2 di luar sana. Cerita ni bukannya nak burukkan Kaum Adam, cuma sebagai pengajaran.
Untuk perempuan pula~ fikir2kanlah, cerita di ats. Dah ternyata, wanita sanggup buat apa saja utk org yg disayangi lebih2 lagi jika berlawanan jenis.

6 comments:

leeya abdul said...

Selamat datang saudariku yg mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon2 tokoh yg terkemuka. Semoga tabah selalu..

mYeQa said...

i jarang baca entry yg panjang. syabas.. saya baca sampai abeh.. owh, mmg menyirap. nak lempang tue kuat sket. tambah syarahan, kalau anak awak jadi macam awak, pandai2 la tanggung~~~~ hehehehe...

♥ manje ♥ said...

bdk2 camni mmg byk alasan... dah kata larangan tapi msh berani buat... bila nak dikenakan hukuman msh lg cari jln nak lepaskan diri... mcm2 budak sekarang ni...

kot kita dulu, mana lah ada ms nk langgar peraturan... byk lg benda nak buat... ~

Anonymous said...

meremang bulu roma i baca..sakit dada pun ada gak..syabas utk akak yang berani dalam mendidik anak bangsa..semoga Allah melindungi kita dan semtiasa bersama kita.Amin..

sarah-najwan said...

huhu..inilah cabaran cikgu cik jia wey...

ZaaNaa seNsei said...

がんばれ。。。。ジアせんせい。。。