Pages

Mutiara Kata

~ Handsome n Beauties

Wednesday, August 24, 2011

~Mandi Wajib Kaum Wanita (haid & nifas)

credit to badan.com.my
Salam ramadhan.

Kali ni nak berkongsi sedikit ilmu tentang tajuk di atas.
Wasiat yg ke 21 diambil dari  buku 111 WASIAT Rasulullah untuk WANITA Solehah keluaran syarikat Jasmin.

Mungkin ramai yang dah tahu ttgnya tapi nak juga berkongsi utk diri dan pada sapa2 yg sudi.
Mari kita teruskan bacaan di bawah.

"Bg perempuan yg haid dan nifas disunatkan mengambil sedikit kapas dan lain-lain, lalu disapukan pada kapas tersebut minyak wangi atau kasturi dan menggosokkannya pada tempat keluar darah tersebut, supaya tempat tersebut menjadi harum dan hilang bau darah busuk"


Perkara ini da diterangkan dalam sebuah hadis:

Asma isteri Yazib menanyakan kpd Rasulullah SAW ttg cara mandi perempuan haid, maka RASULUAH bersabda: "Hendaklah dia mengambil air dgn daun bidara, lalu berwudhuk dgn sebaik-baiknya, kemudian hendaklah ia menyiramkan air ke atas kepala dan menggosoknya dgn kuat sehingga sampai ke urat-urat rambut lalu menuangkan air lg ke atsnya. Setelah itu hendaklah dia mengambil sedikit kapas yang diberi minyak wangi lalu bersuci dgnnya."

Bertanya Asma: "Bagaimana caranya bersuci dengan kapas itu?"
Rasulullah menjawab: "Subhanallah! Bersucilah dgn itu! Maka secara berbisik Aisyah berkata: Gosokkan ketempat keluar darah.

Begitulah indahnya aturan hidup, sejak dulu lg nabi mengajar kita utk menjaga kebersihan dan bersuci.


Terima kasih krn sudi baca  =)
 

No comments: