Ohayou minasama...
Semingu lepas semasa perhimpunan pg khamis, giliran b. jepun membuat persembahan.
Kali ni memperkenalkan sebutan perkataan pinjaman b. inggeris yg di tulis dlm tulisan
KATAKANA
(カタカナ)dan telah dijepunkan bunyinya.
Sekadar 10 perkataan shj yg dipilih.
Dlm mana2 bahasa pun pasti ada perkataan pinjamankan.
Tak terkecuali jg b.jepun ni.
Riuh rendah perhimpunan pg dgn bunyi ketawa pelajar dan guru kerana tak tahan mendengar sebutannya dlm b. jepun.
Jom kita tgk.....jom..jom..
English Tulisan Katakana Sebutan
1. pet ペット petto
2. juice ジュース jyu-su
3. coffee コーヒー ko-hi-
4. chocolate チョコレート chokore-to
5. badminton バドミントン badominton
6. computer コンピューター compyu-ta-
7. cd シーディー shi-di-
8. whiteboard ホワイトボード howaito bo-do
9. mcdonald マクドナルド makudonarudo
10. thank you サンキュー san kyu-
Petunjuk :
a. Tanda - menunjukkan bunyi panjang.
b. Dlm b. jepun tak ada sebutan huruf L dan ianya digantikan dgn sebutan huruf R. (rujuk no 9).
c. Thank you di sebut san kyu- atau di tulis secara ringkas 39. Kenapa ditulis 39?
Dlm b.jepun angka 3 di sebut san dan angka 9 disebut kyu. Bila menulis gunakan nombor lebih mudah. Selalunya digunakan secara tak formal sahaja dlm perbualan atau menulis sms/nota antara rakan.Kiranya bahasa pasarlah ni. Manakala perkataan Arigatou Gozaimasu adalah perkataan original b.jepun, lebih popular & diutamakan.
Agaknya antara senarai perkataan 10 di atas mana satu yg menggelikan hati u all....?
Pasni bole le masing2 praktikkan sedikit sebanyak perkataan2 di ats tu ye.
Slmt mencuba!